Connect with us
Projek Radio

Rilis

Hafiz Hamidun Labur 200K Rakam Album

Tak sabar nak tunggu album Marhaba!

Published

on

“Hendak seribu daya, tak hendak seribu dalih”

Itulah peribahasa yang sesuai diberikan kepada komposer dan penyanyi terkenal Hafiz Hamidun yang sanggup menggunakan duit simpanan sendiri sebanyak 200,000 demi merakam album.

Menurut laporan mStar, Hafiz  bakal muncul dengan album terbaru berjudul Marhaba menyaksikan kolaborasi penyanyi serta pemuzik tempatan dan antarabangsa.

“Kos yang dikeluarkan untuk album ini bernilai kira-kira RM200,000 dan saya menggunakan wang simpanan saya sendiri. Tapi saya tidak menganggap itu satu bebanan kerana inginkan kualiti yang terbaik,” katanya.

Lima tahun menanti, album tersebut sepatutnya dilancarkan pada bulan Ramadan namun terpaksa ditunda susulan pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) sejak Mac lalu.

Penggambaran video muzik di beberapa negara seperti Turki dan Uzbekistan juga terpaksa ditangguhkan sehingga keadaan kembali pulih.

Katanya lagi, proses pembikinan album tersebut sudah dimulakan sejak 2017, dimana dia sudah mula ke negara-negara luar seperti Mesir, Turki dan Indonesia untuk merekodkan album berkenaan.

Sama-sama kita tungguuu…

Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Advertisement

Facebook

Advertisement

Recommended Post

Advertisement
Advertisement

Latest