Connect with us
Hot Kool Jam

Hiburan

Hairul Azreen Jual Superbike Dan Supercar, Nazar Untuk Anak Ke-2

Pelakon hebat yang popular menerusi Filem Polis Evo 2, Hairul Azreen membuat keputusan untuk menjual Superbike dan Supercar miliknya selepas bernazar untuk anak kedua.

Published

on

Pelakon hebat yang popular menerusi Filem Polis Evo 2, Hairul Azreen membuat keputusan untuk menjual Superbike dan Supercar miliknya selepas bernazar untuk anak kedua.

Perkara tersebut dikongsikan sendiri oleh Hairul apabila dia memuat naik beberapa keping gambar di laman Instagramnya baru-baru ini.

“Nazar saya untuk anak ke-2. Jual superbike dan super car. Demi keluarga dan saya telah jual pun.” katanya.

Sementara itu, Hairul juga sempat berjenaka melalui kapsyen yang dimuat naik olehnya apabila berhasrat untuk membeli sebuah basikal baru setelah menjual dua aset kesayangannya itu.

“Harap dapat beli basikal baru (Yang terakhir itu hanya tambahan). Keluarga harus diutamakan.” Ujarnya lagi.

Hairul dan isteri, Hanis Zalikha kini mempunyai seorang putera, bernama Yusuf Iskandar dan bakal menimang cahaya mata kedua tidak lama lagi selepas Hanis disahkan kembali hamil sejak November tahun lalu.

  

Semoga segala urusan dipermudahkan buat Hairul sekeluarga ya!

Continue Reading
Advertisement

Facebook

Advertisement
Advertisement
Advertisement

Latest