Connect with us
Hot FM

Selebriti

Han So Hee Tampil Memohon Maaf

Sebak..

Published

on

Sebuah portal hiburan online baru-baru ini telah melaporkan bahawa ibu kandung pelakon yang popular menerusi drama Korea The World Of Married iaitu Han So Hee melakukan penipuan terhadap ramai orang.

World of the Married' Star's Mother 'Scams' People Using Her Name, Han So Hee Explains Plight Nestia News

Penipuan itu dimuat naik oleh salah seorang pengguna media sosial yang mengaku bahawa ibu aktress itu membuka sebuah tabung di mana anggotanya membayar wang bulanan untuk disimpan.

Wang yang dikumpul tersebut kemudiannya akan diterima oleh anggota lain secara bergilir, atau dalam bahasa pasar kemungkinan duit kutu?

Namun, ketika giliran wang simpanan itu diterima oleh individu tersebut, ibu pelakon yang memegang watak sebagai Da Kyung itu menghilang.

Berikut adalah terjemahan kepada muat naik yang ditulis oleh individu terbabit:-

“Dari Oktober 2015 hingga Ogos 2016, saya mengikuti kumpulan ini dan membayar lebih RM8,000 sebulan.  Pada September 2016, ketika giliran saya tiba untuk menerima dana itu, dia menghilang dan membuat saya takut. Ketika saya mengugut akan melaporkannya kepada pihak polis dan mengambil tindakan lanjut, barulah wanita itu boleh dihubungi.”

Han So Hee - Actress 'The World of the Married' apologized in front of her mother's fraud scandal - LOVEKPOP95
Mengetahui kes penipuan melibatkan ibunya itu tersebar luas, pelakon itu tampil bersuara dan memohon maaf kepada mangsa yang telah ditipu oleh ibunya.

Ibu Aktris Han So Hee Dituduh Pakai Nama Anaknya untuk Menipu Orang

“Hi, ini adalah Lee So Hee (nama sebenar Han So Hee). Pertama sekali, saya ingin memohon maaf kepada individu yang menulis tentang ibu saya. Saya juga ingin meminta maaf sekiranya ada yang berasa kurang senang atau marah dengan insiden tersebut. Saya bersungguh-sungguh memohon maaf.”

Pelakon yang berusia 25 tahun itu turut memaklumkan bahawa kedua ibu bapanya telah berpisah sejak dia masih kecil. Sejak perceraian itu, Han So Hee tidak banyak berkomunikasi dengan ibunya.

“Nenek saudara saya yang membesarkan saya kerana ibu dan bapa saya sudah bercerai ketika saya berusia 5 tahun. Setelah saya masuk sekolah menengah, saya pindah ke Ulsan di mana ibu saya tinggal ketika itu, tetapi saya terus menetap bersama nenek saya. Setelah lulus, saya pindah ke Seoul, tempat saya memulakan kerjaya saya sebagai pelakon,” tulis So Hee.

So Hee juga menyatakan bahawa dia jarang berhubung dengan ibunya selain menjelaskan dia mendapat tahu tentang hutang itu pada usia 20 tahun.

“Sebagai anak, saya memiliki perasaan berbakti, malah sebelum saya menjadi selebriti juga saya bekerja untuk cuba melunaskan hutangnya.”

Baiknya dia ni.. Semoga urusan So Hee untuk melangsaikan hutang-hutang tersebut dipermudahkan!

Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Advertisement

Recommended Post

Advertisement

Facebook

Advertisement

Latest