Connect with us
You Da Boss

Hiburan

Hanez Suraya Jarang Post Gambar Suami Kerana…

Pelakon yang popular menerusi drama Suri, Hanez Suraya baru-baru ini memuat naik fotonya bersama suami, Romie di laman Instagram.

Published

on

Pelakon yang popular menerusi drama Suri, Hanez Suraya baru-baru ini memuat naik fotonya bersama suami, Romie di laman Instagram.

Menerusi kapsyen yang ditulisnya, Hanez secara santai menjelaskan dia jarang memuat naik gambar mereka bersama kerana suaminya itu seorang yang pemalu.

“Saya ni jarang sekali post pic suami. Sebab suami saya pemalu 😂” ujarnya.

Sementara itu, atas permintaan suami Hanez turut berkongsi satu lagi foto Romie bersama anak mereka, Aleesya di laman Instagram untuk melihat berapa banyak like yang diperoleh.

“Suami minta post pic dia ngn Icha. Sbb nk tgk like byk tak. Jom like pic ni byk2 👻” tulisnya di laman Instagram.

Hasilnya, post tersebut berjaya mendapat lebih 30,000 likes di laman Instagram milik Hanez dan rata-rata pengikutnya turut memuji kecomelan puteri mereka yang mesra dengan panggilan Icha itu.

Dalam pada itu, Hanez juga dijangka kembali aktif dalam bidang lakonan apabila dia berjaya mendapat keizinan daripada suami untuk kembali berlakon.

“Ikutkan sudah lima tahun saya tidak berlakon dan bab memujuk suami tu memang selalu sampai akhirnya dia izinkan.” kata Hanez lagi.

Hanez sah menjadi isteri kepada Romie Razin Adilha Abd Rais pada 25 Mac 2015 dan telah dikurniakan seorang cahaya mata yang diberi nama Puteri Aleesya.

 

 

Continue Reading
Advertisement

Facebook

Advertisement
Advertisement
Advertisement

Latest