Connect with us
Duit Dari Kayangan

Konsert

Hangatkan Hari Anda Dengan Konsert Rumah Kita Syurga Kita Part 3

Jom layan!

Published

on

Pada 15 April yang lalu, Hot FM bersama syarikat rakaman 17 Eleven Music telah membawakan Konsert Rumah Kita Syurga Kita bahagian kedua.

Konsert yang ditayangkan di saluran YouTube Seventeen Eleven Music itu menampilkan artis seperti Achey menerusi lagu Yang Terindah, Neon Band (Kaca), Adzrin (Bagai Lagu Indah), Izzal Anuar (Lumpuh), Adly Sofwan (Agenda) dan Izaan (Merindu).

Kehangatan konsert itu bakal bersambung menerusi bahagian tiga pada 22 April ini, jam 3 petang di saluran YouTube sama.

Menariknya, ia diserikan dengan penampilan artis-artis terkenal tanah air seperti Siti Nordiana, Amylea Azizan, Farahdhiya, Zulin Aziz, Syafiq Amdoi, Mimi Manan dan Irfan Haris.

Jadi, peminat muzik tempatan boleh terus nikmati hiburan bersama keluarga biarpun berada di rumah ketika tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) melalui platform digital.

Klik  sini untuk terus ke Konsert Rumah Kita Syurga Kita di bawa khas oleh 17 Eleven Music dan Hot FM di sokong oleh Donna, Lunaria dan TheLaki.

Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Advertisement

Recommended Post

Advertisement

Facebook

Advertisement

Latest