Connect with us
Hot Kool Jam

Dhia

Hanya Dua Benda Penting Ini Untuk Tambah Pesona Diri

BILA dah sampai akhir tahun ini, mulalah sibuk nak jumpa kawan-kawan dan bincang azam tahun depan nak buat apa.

Published

on

BILA dah sampai akhir tahun ini, mulalah sibuk nak jumpa kawan-kawan dan bincang azam tahun depan nak buat apa.

Itu belum lagi sibuk nak sambut parti hari lahir kawan-kawan atau kenduri jiran-jiran. Mesti asyik terfikir apa agaknya gaya make up paling ‘onzz’ dah hujung tahun ni.

Meh sini Dhia nak kongsi tip agar kekal persona bila jumpa kawan-kawan. Manalah tahu terserempak pula dengan bekas kekasih yang tengah dating dengan makwe baru dia. Eh?

Ada dua benda penting yang korang kena pegang untuk pastikan korang kekal ‘zasss’! Iaitu flawless dan glowy.

Elemen pertama adalah penjagaan kulit muka. Penting untuk korang bersihkan muka sebelum tidur dan juga sebelum pakai makeup.

Elemen seterusnya, pastikan alat solek korang sesuai dengan keadaan kulit muka  sebelum membeli alat solek. Ini kerana kulit muka berminyak atau kering sangat mempengaruhi hasil solekkan kamu.

Kalau korang ada kulit yang kering, gunalah produk atau rawatan wajah yang dapat memberikan kelembapan pada kulit.  Contohnya pakai mask muka atau krim pelembap sebelum makeup.

Ha! Nak makeup pun perlukan tema mengikut kesesuaian lokasi. Kalau korang nak lepak indoor, boleh la pilih ciri solekan yang lebih bold.

 

Ketahui lebih lanjut dengan klik sini.

Penulis: Dhia

Continue Reading
Advertisement

Facebook

Advertisement
Advertisement
Advertisement

Latest