Connect with us
You Da Boss

Selebriti

Haqiem Rusli Dedah Ciri-Ciri Wanita Idaman

Rasanya ciri pertama tu macam ‘kena’ je hehe…

Published

on

Penyanyi Haqiem Rusli menegaskan ketika ini dia masih lagi solo dan belum mempunyai teman wanita yang boleh disifatkan sebagai teman istimewa di dalam hidupnya.

Ia susulan hubungannya dengan model kelahiran Australia berusia 16 tahun yang hanya diperkenalkan sebagai R.

Difahamkan, mereka hanya sekadar teman rapat dan mula berkenalan ketika dia menjayakan persembahan di Sydney, dua tahun lalu.

“Kami sekali lagi bertemu apabila R dipilih sebagai model video muzik lagu Selamat Tinggal Sayang yang menjalani penggambaran di situ. R beragama Islam dan bapanya warga Australia, manakala ibunya pula dari Singapura.

“Dia antara rakan wanita yang rapat dengan saya sehingga hari ini. Saya jarang berkawan dengan wanita, sebaliknya mempunyai lebih ramai rakan lelaki,” katanya.

Bercerita tentang apakah ciri-ciri wanita idaman, bintang berusia 21 tahun ini memberitahu dia bukanlah seorang yang terlalu memilih.

“Saya sukakan gadis ringkas, tidak keterlaluan dan manis dipandang mata. Saya lebih selesa memilih gadis biasa dan bukan selebriti,” ujarnya lagi.

Bagaimanapun, Haqiem tidak menolak seandainya dia bertemu jodoh dengan R.

 

Continue Reading
Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Advertisement

Facebook

Advertisement
Advertisement
Advertisement

Latest