Connect with us
You Da Boss

Muzik Buzz

Haqiem Rusli Tolak Tepi Soal ‘Views’

Haqiem utamakan niat, mahu beri kesedaran kepada orang ramai.

Published

on

Seperti kita semua tahu, penyanyi remaja Haqiem Rusli yang popular menerusi lagu Tergantung Sepi baru sahaja tampil dengan single terbaru hasil ciptaannya sendiri berjudul Lembah Kesepian.

Bagaimanapun, muzik video (MV) rasmi lagu tersebut yang dilancarkan pada 16 Jun lalu kurang mendapat sambutan apabila hanya mencatat 1.2 juta tontonan.

Menurut Haqiem, dia tidak kisah tetang hal itu kerana sudah menjangkakannya dari awal.

“Sewaktu menghasilkan lagu ini, saya sudah menjangkakan perkara itu.

“Namun, saya tidak kisah kerana niat utama mahu beri kesedaran kepada orang ramai menerusi mesej yang disampaikan dalam lagu ini. Saya nak beri nasihat dan pengajaran pentingnya ayah dalam kehidupan kita.

“Kalau ada yang boleh terima, saya anggap mesej sampai. Tolak tepi soal jumlah tontonan MV, meski ia lambat berbanding MV lagu saya yang lain,” katanya.

Lagu Lembah Kesepian mengisahkan pengorbanan seorang ayah terhadap anak-anaknya. Namun, pengorbanan itu tidak dihargai apabila anaknya mula lupa diri.

Advertisement

Facebook

Advertisement
Advertisement
Advertisement

Latest