Connect with us
Geng Pagi Hot

Eksklusif

Harap Perjalanan PdPR Lebih Memberi Kesan & Progresif, Ibu Bapa Pelajar Tak Sabar Tunggu DidikTV Dilancarkan

Adik adik dah tak boleh main main lagi lepasni, kena belajar depan televisyen tau!

Published

on

Bakal dilancarkan oleh Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin, esok pada jam 8 pagi, 17 Februari 2021, DidikTV menerima pelbagai respon netizen terutamanya ibu bapa.

Kebanyakan ibu bapa menyatakan keterujaan mereka dengan adanya DidikTV kerana ianya dilihat sebagai salah satu langkah yang cukup progresif dalam usha memperkasakan lagi sistem PdPR  sedia ada.

Proses P&P lebih menarik dengan efektif dan menarik melalui DidikTV

Kredit: BERNAMA

Bakal ke udara di ntv7, DidikTV mengetengahkan teknik pengajaran & pembelajaran yang lebih efektif dan berkesan dengan bantuan grafik dan animasi yang menarik. Maka, pelajar tak mudah bosan dan lebih mudah sukatan pelajaran yang dikongsikan.

Arbaiah binti Subeh, ibu kepada Nur Khairina Binti Baharom pelajar tahun 6 Sekolah Kebangsaan Telok Gadong berkata, ” dengan adanya DidikTV, saya harap anak saya lebih fokus dalam sesi P&P. Kalau belajar secara online, susah saya nak pantau kerana dia guna telefon bimbit. Ni kalau dah tayang di TV, memang jelas sangat proses P&P yang dijalankan. Kita ibu bapa pun tak rasa bimbang”.

Berharap dengan adanya DidikTV proses pembelajaran anak bongsunya menjadi lebih efektif, ibu kepada 4 orang cahaya mata ini, menyokong penuh inisiatif yang telah diambil oleh Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) ini.

Menurut KPM, sebelum ini mereka pernah menyediakan program TV pendikan melalui TV Okey RTM, Tutor TV Astro dan [email protected] tetapi buat pertama kalinya saluran khusus  TV Pendidikan secara terestrial iaitu [email protected] ,diperkenalkan dengan pengisian pendidikan  dari jam 7 pagi hingga  hingga 12 tengah malam setiap hari.

Bakal diatayangkan di ntv7, DidikTV  juga boleh boleh tonton melalui beberapa siaran lain seperti Astro di saluran 147, saluran 107, MYTV atau melalui ntv7 di TV unifi.

Bagi anda yang memiliki set TV digital bersepadu (iDTV) , korang boleh menggunakan antena dan lakukan penalaan automatik untuk mendapatkan saluran DidikTV ini.

Jadi, jangan lupa untuk tune-in ke saluran ntv7, TV3, MHI & KPM pada jam 8 pagi esok bagi sama-sama menyaksikan Perdana Menteri kita menyempurnakan pelancaran DidikTV dan semoga usaha murni KPM dijadikan sebagai batu loncatan dalam usaha pelajar menguasai pembelajaran PdPR dengan lebih baik.

Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Advertisement

Recommended Post

Advertisement

Facebook

Advertisement

Latest