Connect with us
You Da Boss

Inspirasi

HBKL Tamat Operasi Selepas 56 Tahun, Netizen Kongsi Kenangan Di Hospital ‘Legend’

HBKL telah dinaik taraf kepada Hospital Wanita dan Kanak-Kanak (WACH).

Published

on

Jika anda ibu yang sedang mencari hospital untuk bersalin, pastinya Hospital Bersalin Kuala Lumpur (HBKL) antara yang menjadi pilihan anda, bukan?

Bagaimanapun, HBKL telah menamatkan operasinya sejak Isnin lalu selepas 56 tahun lamanya melahirkan ramai Pakar Sakit Puan, Sister dan Jururawat Terlatih.

Menerusi perkongsian Sobri Tayab di Facebook, dia bersama staf HBKL memohon maaf kepada warga Kuala Lumpur yang telah menerima rawatan perkhidmatan di hospital tersebut selama 56 tahun.

Tulisnya lagi, ramai warga Kuala Lumpur yang dilahirkan di HBKL, berkongsi suka duka termasuklah dari golongan nenek, ibu dan dia yang dilahirkan di hospital berkenaan.

Rata-rata netizen berterima kasih atas perkidmatan dan layanan yang diberikan selain turut berkongsi kenangan mereka di hospital legend itu.

Untuk pengetahuan, HBKL akan berpindah ke bangunan baru dan telah dinaik taraf kepada Hospital Wanita dan Kanak-Kanak (WACH) yang dibuka secara berperingkat untuk penempatan pesakit.

Advertisement

Facebook

Advertisement
Advertisement
Advertisement

Latest