Connect with us
You Da Boss

Dhia

Hello Bakal Pengantin, Sebelum Nak ‘Make Up’, Pastikan Korang…

BERCAKAP tentang resepsi majlis perkahwinan, mulalah para gadis akan terbayang majlis idaman ala-ala dalam cerita dongeng waktu kecil d

Published

on

BERCAKAP tentang resepsi majlis perkahwinan, mulalah para gadis akan terbayang majlis idaman ala-ala dalam cerita dongeng waktu kecil dulu.
Semua mestilah nak nampak on point dari makanan, hiasan, pelamin termasuklah make up kan!
Ha, so bride-to-be dekat luar sana, meh sini Dhia nak story persedian sebelum nak mulakan sesi make up agar korang tak lah kalut.

LETAK SETEMPAT


Sebelum apa-apa, pastikan tudung, selendang, veil, aksesori, kasut dan baju persandingan disiapkan terlebih dahulu di dalam bilik make up.
Jadi, ia akan menjimatkan masa korang. Tak adalah pagi itu baru nak cari barang tu semua lepas tu korang sendiri pun tak tahu barang tu dah simpan entah di mana. Ye kan?
Sama juga dengan corset, anak tudung, kerongsang dan peniti. Pastikan korang siapkan awal-awal di satu tempat.
Sediakan kerusi bersandar yang boleh memberikan kedudukan badan yang selesa kepada korang sepanjang disolek.

JANGAN DUDUK RENDAH SANGAT


Jangan duduk di atas sofa sebab kedudukan yang rendah akan menyukarkan jurusolek. Ini  kerana mereka harus berdiri berjam-jam dan memberikan rasa tidak selesa kepada jurusolek. Kesian, lenguh pinggang MUA kita tu nanti.

PAKAI BAJU BERBUTANG DI DEPAN

Untuk pakaian semasa disolek. Apa kata korang pakai baju yang berbutang di depan agar ia mudah dibuka dan tidak merosakkan make up.
 
Ketahui lebih lanjut dengan klik sini.
Penulis: Dhia

Continue Reading
Advertisement

Facebook

Advertisement
Advertisement
Advertisement

Latest