Connect with us
You Da Boss

Viral

Helmet Ke Kepala? Sempoi Betul Rekaannya!

Tak kisah lah helmet cantik ke tak, WAJIB pakai di jalan raya okay!

Published

on

Pemakaian topi keledar atau helmet amat penting untuk melindungi kepala penunggang motorsikal sekiranya berlaku kemalangan jalan raya.

Menerusi satu posting di laman Twitter, tular foto topi keledar berbentuk ‘kepala’ lelaki botak. Nampak begitu realistik!

Siapa sangka topi keledar buatan Thailand itu boleh kelihatan begitu fancy apabila digayakan.

Perkongsian tersebut sehingga kini telah meraih lebih 7,100 retweets dan 4,900 tanda suka, dengan rata-rata netizen teruja dan ingin memiliki helmet ini.

Kreatif kan? Mungkin ini salah satu cara untuk menarik perhatian mereka yang ‘penyegan’ nak pakai helmet ketika keluar rumah.

Tak kisah lah helmet cantik ke tak, WAJIB pakai di jalan raya okay!

Utamakan keselamatan, sayangi nyawa anda.

Advertisement

Facebook

Advertisement
Advertisement
Advertisement

Latest