Connect with us
Hot Kool Jam

Inspirasi

Hikmah Tirai Besi, Banduan Kini Bergelar Al-Hafiz

Semoga kisah kali ini dapat beri pengajaran buat semua..

Published

on

“Hidup itu ibarat roda, kadang-kadang kita diatas, kadang-kadang dibawah.”

Itulah pepatah yang hampir sama bagi banduan yang menjalani hukuman penjara, daripada tidak mengenal huruf dalam al-Quran kini bergelar Al-Hafiz.

Menerusi temubual bersama Faisal (bukan nama sebenar), yang disabitkan dengan kesalahan melakukan peras ugut dua tahun lepas mengakui, kehidupan sebagai penghuni tirai besi di Penjara Marang, Terengganu banyak mengajarnya mengenali al-Quran dan mendekatkan diri kepada Pencipta.

Image result for BANDUAN AL HAFIZ

Lelaki berusia 30 tahun yang pernah menggalas jawatan penting di sebuah jabatan kerajaan itu mendedahkan, sebelum ini dia banyak menghabiskan masa dengan aktiviti keduniaan sehingga lalai dan lupa tanggungjawab pada agamanya.

“Alhamdulillah di sini (penjara) saya berpeluang mencari diri saya yang sebenar dan mendapat peluang kedua untuk mendalami ilmu agama, belajar tajwid, belajar membaca al-Quran dan dapat mengisi kekosongan hati yang sebelum ini saya tidak temui ketika menjalani hidup bebas di luar sana.”

Image result for BANDUAN AL HAFIZ

Menurut bapa kepada tiga cahaya mata ini, di awal kemasukannya ke penjara tersebut, dia tidak pandai membaca al-Quran malah tidak mengenali huruf jawi, namun di Rumah Mengaji itulah dia diajar membaca sehingga kini mampu menghafal lima juzuk al-Quran dalam tempoh dua tahun.

Walaupun pada peringkat awal agar sukar baginya untuk menanam perasaan cinta kepada kalam Allah itu, namun berbekal tekad untuk berubah dia memaksa dirinya untuk belajar, malah hasil bantuan dan tunjuk ajar ustaz di penjara, ia menjadi amalan setiap hari.

Image result for BANDUAN AL HAFIZ

Semoga kisah kali ini dapat beri pengajaran buat semua..

Advertisement

Facebook

Advertisement
Advertisement
Advertisement

Latest