Home > #PenaHot > “Hina lah aku, keji lah aku…”

“Hina lah aku, keji lah aku…”

“Aku bukan manusia suci, Hina lah aku. Keji lah aku. Cerca lah aku. Maki lah aku. Sesungguhnya ujian Allah ini ujian bagi diriku dan juga kamu..”

“Maafkan saya kerana menyusahkan anda semua.”

Selepas status yang dimuat naik di Facebook pada awal bulan ini mendapat pelbagai reaksi dan menjadi tular, Affeirul Annas Azzandry Azizan, 33 tahun, mengaku sedikit tertekan dengan komen netizen.

Menurut Annas, dia terpaksa memuat naik status memohon sumbangan baru baru ini, atas dasar terdesak, kerana sukar mendapat pekerjaan , selepas dia ditamatkan perkhidmatan daripada sebuah syarikat penerbangan, selain mempunyai masalah slipped disc sejak 2007. Annas juga memberitahu, dia terpaksa menjalani 8 pembedahan, sehinggalah perkhidmatannya bersama syarikat penerbangan itu ditamatkan, selepas 11 tahun bekerja.

Annas yang juga pemegang kad OKU, turut bergantung sepenuhnya kepada ubat-ubatan sepenuhnya, dan terpaksa berehat di rumah di Bayan Lepas, bersama insteri dan 3 anak mereka, berujsia 5, 9 dan 12 tahun.

Dan hari ini, sekeping gambar yang dimuat naik seolah-olah memberi bayangan dia kini sedang bertemu dengan pakar pasikiatri, selepas dia mendakwa mengalami kemurungan, selain menghidap Gangguan Obsesif Kompulsif, OCD.

Dan menerusi kenyataan yang disiarkan dalam Harian Metro, isteri Annas, Sharin Jamalia memohon agar orang tidak menyalahanggap tindakan suaminya memuat naik status berkenaan dan tidak memandang remeh kesulitan yang dihadapi suaminya.

Sharin berkata, bantuan mungkin boleh dihulurkan, tetapi dalam bentuk membantu perniagaan tepung goreng ayam yang telah terhenti sejak Ogos lalu, disebabkan kesihatan yang tidak mengizinkan.

Semoga kita sama-sama saling membantu, dan terus menyokong dari sudut positif. Spread love!

Kongsi laman ini di:

Leave a Reply