Connect with us
YouTube Hot TV Satu Juta

Viral

“Kalah Rose & Jack Ni” Aksi Sweet Ustaz Ebit Lew Bersama Isteri Atas Kapal Dipuji Netizen

Sweet ya Ustaz

Published

on

Seperti yang ramai sudah tahu, kebaikan yang dilakukan oleh Ustaz Ebit Lew ini bagaikan tiada penghujungnya apabila ada sahaja golongan susah yang akan dibantu olehnya.

Namun, sebagai penutup tahun 2020 yang penuh mencabar ini, Ustaz Ebit Lew mengambil keputusan untuk membawa isterinya yang tersayang untuk bercuti ke Pulau Langkawi sambil menikmati keindahan pulau tersebut.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Ebit Lew (@ebitlew)

” Ujian berat covid 19. Tapi bila disisi orang kita cintai sayangi tetap terasa bahagia dan tenang. Sekejap je rasa.. pergi mana selalunya wanita diluar sana semua cakap kirim salam bidadari ustaz yer.”

Dalam masa yang sama, caption yang ditulis oleh pendakwah itu turut mencuri perhatian apabila beliau sempat kongsikan kata-kata yang sering keluar dari isterinya apabila beliau membantu orang ramai.

Walaupun sering berasa penat selepas selesai menjalankan tanggungjawab di luar, namun menurut Ustaz Ebit, semua rasa letih itu akan hilang sejurus dapat menatap wajah isterinya di rumah.

Ramai netizen mendoakan kesejahteraan rumah tangga Ustaz Ebit dan isterinya serta berharap agar beliau dapat meneruskan kerja kebajikan tersebut demi untuk membantu orang ramai yang berada dalam kesusahan.

Kita doakan supaya Ustaz Ebit terus diberikan kekuatan dan sama-sama juga kita menderma agar dapat memudahkan urusan beliau.

Sumber foto: Facebook Ustaz Ebit Lew

Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Advertisement

Recommended Post

Advertisement

Facebook

Advertisement

Latest