Connect with us
YouTube Hot TV Satu Juta

Selebriti

“No More Cik B” Enggan Dikaitkan Bercinta Lagi, Aniq Suhair Mahu Fokus Dunia Lakonan

Alaaa…

Published

on

Gara-gara sebuah drama, dasyat penangan yang diterima pelakon bakat baharu iaitu Aniq Suhair dan Cik B yang sering digosipkan bercinta.

Mengulas perkara itu, Aniq jujur mendedahkan bahawa dia enggan lagi terus dikaitkan dengan anak kepada pengasas kosmetik terkenal Datuk Seri Vida itu kerana mereka hanya menjayakan drama dan bukan bercinta.

Mengaku mereka masih berkawan rapat tetapi enggan lagi terus dikaitkan dengan gosip-gosip sebegitu, Aniq mahu terus fokus pada kerjaya lakonan.

“Sekarang dah tahun baharu 2021 pun, jadi kiranya cerita saya dengan Cik B itu, dah boleh tutuplah. ‘No more’ Cik B lagi.

“Saya ketika ini, nak tumpu pada kerjaya seni sahaja kerana jadual berlakon pun padat sangat. Masa berehat saya, hanya sehari dan selebihnya bekerja.

“Jadi pasal perempuan ke, bercinta, saya nak ketepikan dahulu. Saya taknak serabutkan kepala nak fikir banyak benda, selain fokus pada kerja sahaja,” 

Kisah hubungan Aniq dan Cik B menjadi perhatian di Twitter pada November tahun lalu apabila mereka bergandingan dalam drama Lelaki Lingkungan Cinta di TV3, terbitan Zeel Production.

Berlakon sebagai pasangan kekasih yang akhirnya berkahwin dalam drama itu, huhungan Aniq dan Cik B dilihat semakin mesra kerana mereka saling berbalas komen di media sosial.

 

Sumber : Harian Metro & Instagram Aniq Suhair

 

 

Baca artikel sebelum ini : Luah Rasa Sayang Secara Live, Aniq Suhair Terdedah ‘Perasaan’ Suka Pada Cik B Dengan GPH!

Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Advertisement

Recommended Post

Advertisement

Facebook

Advertisement

Latest