Tanggal 31 Ogos setiap tahun amat bermakna buat seluruh rakyat Malaysia kerana ia merupakan hari kita menyambut Hari Kebangsaan atau Hari Kemerdekaan.
Stesen radio Hot FM bersama Kool FM telah menghasilkan monolog merdeka sempena Hari Kemerdekaan Ke-62 hasil karya Eda Zuraida, terdiri daripada 10 kisah pendek bertemakan kemerdekaan, patriotisme, kritikan sosial dan kemasyarakatan.
Menariknya, olahan skrip versi monolog ini disampaikan oleh figura terkenal Malaysia yang terdiri daripada selebriti, penyanyi, pelakon, pelawak, penyampai Hot FM dan Kool FM.
Nama-nama besar yang menyumbangkan suara untuk projek istimewa sempena sambutan ulangtahun kemerdekaan dan Hari Malaysia ini adalah Siti Nordiana, Suffian Suhaimi, Hattan, Najwa Latif, Zahid, Ahmad Fedtri Yahya,Hael Husaini, Alif Satar, Kamal Adli, Ara Johari dan Ismail Izani.
Jom tonton video di bawah.
1. Siti Nordiana
Sinopsis: Mengisahkan seorang wanita lingkungan 30-an yang melihat situasi serta gelagat anak muda masakini, lalu mengimbas semula zaman kanak-kanaknya.
AKU PUN PERNAH MUDA (SITI NORDIANA) Hai orang muda Dulu aku pun pernah muda Tapi sayang kita tak sama Dulu orang tua jadi ikutan Sekarang idola yang jadi pujaan Tapi tak mengapa Aku faham Hai orang muda Dulu aku pun pernah muda Dari pagi sampai dinihari Bersama teman bermain dam, wau dan jala itik Bila petang main galah panjang Sekarang budak-budak sibuk main beyblade Update gambar di instagram Tapi tak mengapa Aku faham Hai orang muda Dulu aku pun pernah muda Aku gerun dengan rotan dan tali pinggang Budak sekarang paling takut kalau di unfollow Tapi tak mengapa Aku faham Hai orang muda Walau zaman sudah berubah Tapi jangan kau lupa Berapa banyak keringat dan airmata yang tumpah Untuk sebuah kemerdekaan Yang kau kecapi hari ini Monolog merdeka –
2.Suffian Suhaimi
Sinopsis: Seorang insan yang mengenang nasib malang yang menimpa haiwan, serta bencana alam yang mengakibatkan kemusnahan, lalu menginsafi diri.
30 BARIS (SUFIAN SUHAIMI)
Kalian makhluk yang terbuang Kadangkala tewas di muncung senjata demi wang Ada pula ditindas dianiaya sewenang-wenang Sedikit yang bernasib baik dimanja dan ditatang Tapi banyak menunggu mati dalam kandang Hei Beruang Hei Pak Belang Hei Sang Memerang Hei Burung Enggang Hei Raja Udang Hei Sang Kongkang Hei Si kunang-kunang Hei Udang Karang Hei haiwan yang malang Setiap hari kalian berperang Menunggu maut menjemput pulang Hutan gondol, luatan menghilang Tanah runtuh, sungai kering kontang Udara dicemar monosida terlarang Segalanya musnah di tangan sang jembalang Kalian warga yang hatinya sentiasa walang Dipandang hanya selayang pandang Apa ertinya keamanan, sedangkan nyawa kalian melayang Depan cermin aku memandang Terlihat wajah terconteng arang Oh manusia yang curang Apa ertinya jadi insan berhati binatang Sekian lama merdeka dicanang Cukuplah hati berpetualang Ayuh kita jadi pejuang Monolog Merdeka –
3. Zahid
Sinopsis: Monolog seorang mat kilang yang berkongsi suka duka kehidupan serta harapannya sebagai generasi merdeka.
AKU (ZAHID)
Nama aku Halim Keje kilang kat Tangjung Malim Awek aku orangnya alim Kulit putih badan slim
Awal bulan dapat gaji Tengah bulan gigit jari Nasib tak baik pinjam ceti Tapi aku tetap steady
Orang cakap aku takde masa depan Muka aku cam takde harapan Bakal mertua pun malas nak layan Sudahnya aku putus bulan lapan
Hidup aku biasa je tak gempak Balik keje kedai mamak aku lepak Oder teh tarik dengan nasi lemak Itu pun nasib belum kopak
Hidup ni simple je Nak kaya kena usaha Tapi kalau dah malas Sampai tua kau ditindas
Ye aku mat kilang jer Tapi aku ada kerja Masuk pagi balik senja Tapi aku bahagia
Sebab aku ada cita-cita Harap nanti dapat jadi manager Hidup ini mudah jer Tak payah pening kepala
Aku, kau, kita Generasi merdeka
Monolog Merdeka –
Jangan lupa check out laman YouTube Hot TV sepanjang bulan Ogos ini dan Kool TV untuk banyak lagi video monolog kemerdekaan oleh penyampai radio dan juga selebriti tanah air.
This site uses functional cookies and external scripts to improve your experience. Which cookies and scripts are used and how they impact your visit is specified on Dasar Privasi.
NOTE: These settings will only apply to the browser and device you are currently using.
Dasar Privasi
This consent will be triggered by clicking on the Accept button.
Terma Penggunaan
This consent will be triggered by clicking on the Accept button.