Connect with us
YouTube Hot TV Satu Juta

Viral

“Ingatkan Pelakon Filem Sembilu”- Nama Pengantin Sama Dengan Pelakon, Ini Respon Lucu Dr Zulkifli Dan Erra Fazira!

Terhibur lah!

Published

on

“Tahniah Puan Erra Fazira dan suami atas pernikahan sebentar tadi” – tulis Dr Zulkifli

Fuhh sekilas pandang ciapan tersebut, korang mesti ingat Erra Fazira yang berlakon cerita Sembilu tu kan?

Ciapan itu dimuat naik oleh Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) iaitu YB Senator Datuk Dr Zulkifli Mohamad Al-Bakri di laman sosial Twitter miliknya untuk mengucapkan tahniah kepada pasangan pengantin yang dinikahkan beliau, akan tetapi ciapan itu mengundang perhatian netizen kerana ada yang menyangka pasangan itu adalah pelakon terkenal berkenaan.

Rupanya nama pengantin perempuan itu sahaja yang kebetulan sama dengan pelakon terkenal Erra Fazira.

Image

Meninjau di ruangan komen, rata-rata warganet turut sama terkejut dan tertawa dengan ciapan yang dimuat naik oleh Dr Zulkifli.

Dalam pada itu, Dr Zulkifli sempat memuat naik ciapan beliau yang juga pada mulanya mengingatkan pelakon yang dimaksudkan itu.

Sementara itu, Erra mendedahkan bahawa dia tidak henti-henti menerima panggilan mengucapkan tahniah kepadanya sejak awal pagi ini!


Erra atau nama sebenarnya Fazira Wan Chek turut berkata bahawa dia tergamam kerana menerima ucapan tahniah bertalu-talu itu sedangkan bukan dia yang melangsungkan perkahwinan.

Apabila sudah mengetahui kisah sebenar, pelakon itu turut mengucapkan tahniah pada pasangan pengantin baharu itu!

“Semoga ‘Erra Fazira’ dan suaminya menjalani alam rumah tangga dengan rahmat Allah SWT”

Aduhai kesian Erra, mesti dia tersedak-sedak dekat rumah tu!

Sumber dari Twitter Dr. Zulkifli Mohamad Al-Bakri

Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Advertisement

Recommended Post

Advertisement

Facebook

Advertisement

Latest