Fuhh ada sesiapa meremang bulu roma tak bila tengok MusicVideo lagu Kuasa Cintamu nyanyian Dato’ Sri Siti Nurhaliza tu?
Untuk sesiapa yang tak tahu lagi, lagu tersebut merupakan ciptaan Dato’ Sri Siti Nurhaliza sendiri bersama dengan Melly Goeslaw dan Aubrey Suwito.
Kini, lagu tersebut telah mencapai jumlah tontonan sebanyak hampir 230,000 kali di YouTube channel Siti Nurhaliza.
Dato’ Sri Siti atau lebih mesra disapa dengan panggilan Tok Ti mengakui bahawa banyak cabaran yang dilalui ketika pengambaran music video lagu tersebut kerana ia dilakukan dengan menggunakan konsep one take shot.
Ia bermaksud tidak boleh ada sebarang kesalahan ketika pengambaran sebab kalau ada sedikit kesalahan, semuanya perlu dilakukan daripada mula.
Apa yang lebih menarik ialah terdapat satu babak yang mana menunjukkan Tok Ti hanya mempunyai masa selama 11 saat sahaja untuk menukar busana pakaian daripada warna kuning kepada warna merah dan ia merupakan satu cabaran paling besar sekali bagi Tok Ti dan crew yang lain.
“Paling mencabar bila nak tukar dari baju kuning kepada merah tu, kami hanya ada masa 11 saat saja. Itu yg magic kan? Anda tengok part mata tu, hanya 11 saat saja kami tukar.”
Kebanyakan netizen teruja melihat music video ini dan menganggap ia satu kejayaan besar buat Tok Ti sendiri kerana sedikit sebanyak ia menceritakan tentang kisah kehidupannya sendiri.
Kalau korang tengok MV tersebut, ia menceritakan tentang kisah hidup Tok Ti daripada kecil sehingga la kejayaannya dalam dunia seni dan lebih menarik sekali ada penampilan istimewa puteri kesayangan Tokti dan Datuk Sri Khalid Muhd Jiwa iaitu Siti Aafiyah.
Walaupun Aafiyah muncul sebagai ‘extra‘ sahaja tetapi ia tetap membawa maksud yang besar dalam MV Kuasa Cintamu.
Tak sabar pula nak tengok next MV dengan adik Aafiyah nanti, hehe!
Maklum la, waktu Aafiyah baru lahir Tok Ti ada buat lagu Comel Pipi Merah khas untuknya, lepas ni mesti ada sambungan lagi kan?
This site uses functional cookies and external scripts to improve your experience. Which cookies and scripts are used and how they impact your visit is specified on Dasar Privasi.
NOTE: These settings will only apply to the browser and device you are currently using.
Dasar Privasi
This consent will be triggered by clicking on the Accept button.
Terma Penggunaan
This consent will be triggered by clicking on the Accept button.