Connect with us
YouTube Hot TV Satu Juta

Muzik

Akui ‘Mimpi’ Adalah Lagu Paling Sukar Untuk Dibawa, Lah Ahmad Beri Pujian Pada Haqiem Rusli

Power!

Published

on

Bukan sahaja bersuara sedap dan memiliki wajah yang kacak, malah penyanyi ini juga memiliki semangat yang tinggi untuk sentiasa menghasilkan karya yang baharu.

Terbaharu, penyanyi dan komposer, yang juga pemenang tempat ketiga di AJL32, memuat naik perkongsian di laman Instagram, mendedahkan bahawa lagu baharunya iaitu ‘Mimpi’ adalah antara lagu yang paling susah untuk dinyanyikannya secara langsung.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by MANAGER – 0136382215 (@haqiemrusli98_)

“MIMPI adalah antara lagu yang paling susah untuk di nyanyikan secara live yg saya pernah composed, kenapa susah?

Sebab memerlukan nafas yang tepat dalam mengikut part part yg berbeza,contohnya ada Low note yang begitu rendah(ni susah serious) , middle,vibrato (ni pun mencabar jugak) , perletakan lenggok yang saya ambil risiko sendiri di dalam studio untuk dibawa secara live, and high note lah,but i will try my best for this song.

But,benda ni best sebab kita cabar diri kita dan tak berada di zone yg selesa,dan dari segi arrangement pun saya sangat happy sebab dapat bermain dengan chording yg agak berbeza dari sebelum ini.

Terima kasih kerana memberi support yg bagus untuk lagu “MIMPI”

Teruskan stream ok!”

Menjelaskan lebih lanjut, Haqiem berkata, lagu ‘Mimpi’ ini memerlukan nafas yang tepat kerana setiap bahagian lagu ini adalah berbeza, dari segi low note, middle, vibrato dan risiko lagu yang harus diambil apabila menyanyikan secara langsung.

Malah, penyanyi itu berkata, dia teruja kerana dapat mencabar dirinya keluar dari zon selesa dan dapat bermain dengan chording yang berbeza daripada lagu sebelum ini.

Meninjau di ruangan komen, rata-rata pengikut beliau kagum dengan semangat dan usaha yang dipamerkan.

Begitu juga dengan penyanyi legenda, Lah Ahmad yang memberikan komen kagum dengan penyanyi itu!

Fuh power la Haqiem!

 

Sumber : Instagram Haqiem Rusli

 

Baca artikel sebelum ini : “Ini Rahsia Kejayaan Dia…” Haqiem Rusli ‘Curi Masa’, Solat Dulu Sebelum Majlis Bermula

Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Advertisement

Recommended Post

Advertisement

Facebook

Advertisement

Latest