Connect with us
Geng Pagi Hot

Muzik Buzz

Cover Lagu ‘Semua Tentang Kita’ Khas Untuk Frontliners, Ramai Puji Suara Hannah Delisha

Sedapnya suara!

Published

on

22 Januari lalu, pelakon Hannah Delisha yang juga merupakan seorang penyanyi ini telah melancarkan single baharunya berjudul Terlalu Mudah yang turut menjadi runut bunyi bagi drama Cinta Sekali Lagi.

Hannah betulkan niat bertudung - Utusan Digital

Kali ini, disebabkan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) yang dilaksanakan semenjak bulan Januari lalu, Hannah telah mengambil peluang untuk mengisi masa lapangnya di rumah dengan cara menyanyi.

Penyanyi cantik manis berusia 25 tahun itu telah merakam satu cover bagi lagu Semua Tentang Kita, nyanyian asal Ariel Noah.

Lagu tersebut dinyanyi khas untuk semua petugas barisan hadapan yang telah berkhidmat untuk negara sepanjang pandemik COVID-19 melanda dunia semenjak awal tahun 2020 yang lalu.

Dalam masa yang sama, Hannah turut menyelitkan beberapa foto ketika pelaksanaan PKP diselang-seli dengan keadaan semasa di Malaysia pada ketika itu.

Rata-rata yang menonton video tersebut memuji kemerduan suara pelakon berasal dari Singapura itu dan turut berharap agar Hannah dapat membuat banyak lagi cover selepas ini.

Memang pakej la Hannah ni, cantik, pandai berlakon dan menyanyi!

Sumber foto dan video: Instagram Hannah dan YouTube channel

Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Advertisement

Recommended Post

Advertisement

Facebook

Advertisement

Latest