Connect with us
Geng Pagi Hot

Muzik

Dedah Pernah ‘Hilang’ Suatu Ketika Dahulu, Aina Abdul Kini Bangkit Dengan Karya ‘Sepi’

“Sepi is a song for everybody! Let Sepi be your life anthem” – Aina Abdul

Published

on

Selepas kejayaan lagu berjudul Sumpah, penyanyi, penulis lagu, penerbit rakaman dan pelakon wanita bersuara lunak iaitu Aina Abdul kini tampil pula dengan lagu baharu yang diberi judul Sepi pada 8 Februari 2021.

Mengenali Aina, beliau sememangnya mempunyai vokal yang luar biasa dan setiap kali menyanyikan apa sahaja lagu pasti dinyanyikan dengan penuh penghayatan.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by AINA ABDUL (@ainaabdul)

Menulis di ruangan kapsyen :

“Why dont you want to be on TV?’ soalan yang Aina selalu dengar sewaktu gig dulu..to the point, Aina question, where else can i be and sing..🤔❤️

Siapa yang dah tonton MV Sepi, mesti tau suara @haziq_hotfm featured kat dalam niiiiii!!! haziqqqq, terima kasih pinjamkan suaraaaa, nanti aina belanja Starbucks ya 🧋 !!! ❤️🥰

Full video on my youtube channel, Aina Abdul!”

Penyanyi itu meluahkan rasa syukur dan sebak kerana akhirnya dapat berkongsi karya yang memaparkan perjuangan dan perjalanan karier seni beliau sepanjang berada di dalam industri seni.

“Alhamdulillah, satu lagi buah tangan Aina lahir, berjudul Sepi❤️ Hati ini sebak sangat kerana akhirnya Aina dapat share karya yang perjuangkan perjalanan karier seni Aina yang mungkin x ramai tau..Bila org tnya aina dulu, ‘Mana Aina menghilang?’ aina ada jerrrr kat sini..❤️ but above all, this song is for all the fighters and survivors kat luar sana yang dah kerja keras dalam hidup anda..You are LOVED and APPRECIATED ! semua kerja keras itu akan berbaloi🤲❤️ itu mesej Aina dalam lagu ini..”

Malah, Aina turut mendedahkan bahawa beliau pernah ‘menghilangkan diri’ suatu ketika dahulu.

Dalam pada itu, Aina turut berkongsi bersama pengikutnya bahawa penyampai radio Hot FM iaitu Haziq Hussni turut menjadi penyumbang suara di dalam muzik video berkenaan.

“Sepi is a song for everybody! Let Sepi be your life anthem❤️thank you semua yang dah menonton dan akan menonton…❤️ May Allah Swt Bless you all❤️🤲 amin..”

Sebelum ini penyanyi berkenaan telah digandingkan bersama Khai Bahar membawakan lagu duet Nafas Cinta, dimana lagu berkenaan ditujukan khas buat pasangan yang sedang ingin bercinta dan melangkah ke alam perkahwinan.

 

Sumber : Instagram & Youtube Aina Abdul

 

Baca artikel berkaitan : Lepas Buat Video YouTube, Kini Noor Nabila Dan Rosix Omar Ada Lagu Sendiri Bersama Aina Abdul

Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Advertisement

Recommended Post

Advertisement

Facebook

Advertisement

Latest