Connect with us
Selamat Hari Raya

Muzik Buzz

Tarian Seperti Regangan Otot, Ramai Yang Suka Dengan Lagu Raya Aliff Syukri

Para netizen menyuarakan pendapat mereka tentang penghasilan video muzik lagu raya berjudul Lala Raya

Published

on

Bersempena Hari Raya Aidilfitri yang bakal menjelma, lagu raya juga menjadi daya penarik untuk menaikkan mood sambutan tersebut.

Jutawan kosmetik, Dato Sri Aliff Syukri juga tidak ketinggalan untuk mengeluarkan lagu raya beliau untuk tahun 2021 yang berjudul Lala Raya.

Video muzik rasmi lagu tersebut telah dikongsikan di YouTube pada 3 Mei 2021, dan sambutan terhadapnya agak menggalakkan apabila telah menerima jumlah tontonan melebihi 300,000 walaupun baru sehari dilancarkan.

Baca artikel berkaitan: Bakal Keluar Lagu Raya Baharu, Komen Jujur Netizen Buat Aliff Syukri Lebih Bersemangat!

Antara yang mencuri tumpuan adalah tarian yang terdapat dalam video muzik tersebut yang memperlihatkan beberapa orang penari menari dengan gaya yang unik.

Perkara itu dapat dilihat pada ruangan komen melalui perkongsian di Instagram Aliff.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Aliff syukri bin kamarzaman (@aliffsyukriterlajaklaris)

Lagu Lala Raya bukan hanya berkisarkan tentang sambutan hari raya, malah turut menyelitkan nasihat untuk patuh kepada prosedur operasi standard (SOP) dalam mengekang penularan COVID-19.

Ia adalah satu tindakan yang bijak, dalam berhibur ada juga peringatan yang disampaikan.

Tahniah buat Aliff Syukri atas penghasilan lagu raya untuk tahun 2021.

 

Sumber: Instagram Dato Sri Aliff Syukri dan YouTube TV Terlajak Laris

Advertisement

Recommended Post

Advertisement

Facebook

Advertisement

Latest