Connect with us
Hot FM

Muzik Buzz

Lagu ‘Karma’ Penuh Emosi, Kaka Azraf Terpaksa Ingat Kisah Lama Untuk Lebih Menghayati

Boleh tahan best jugak MV ni kan! Memang kena guna emosi la, lagu pun sedih juga…

Published

on

Menjadi seorang anak seni bukan lah satu perkara mudah, lebih-lebih lagi apabila mereka perlu menyampaikan karya itu dengan penuh perasaan dan juga emosi.

Bagi penyanyi Kaka Azraf, beliau akui bahawa lagu Karma yang dijadikan OST bagi drama Takdir Yang Tertulis benar-benar mencabar emosi dirinya.

Lagu Karma ini dinyanyikan oleh Kaka bersama dengan penyanyi kelahiran Brunei yang kini terkenal di Indonesia iaitu Jaz Hayat.

Menurut Kaka atau nama sebenarnya Nor Atiqa binti Noor Azraff, lagu Karma merupakan lagu balled yang memerlukan beliau bermain dengan emosi dirinya.

“Kaka mengaku, Kaka cuba untuk ingat kisah cinta lama waktu nak dapatkan emosi tu. Memang nak jiwai sesuatu tu kena letak diri kita dalam situasi tersebut. Kaka cuba untuk bayangkan kisah cinta lama dulu, imbas kembali untuk dapatkan mood tu. Tapi tak ada la sampai ambil 100% pun mood tu.”

Namun berbeza pula bagi Jaz kerana baginya beliau jarang sama sekali patah hati atau sakit hati, kebanyakan lagunya sebelum ini bertemakan kegembiraan dan sekiranya tema kesedihan, masih ada lagi bunyi keceriaan disitu.

Dalam masa yang sama, Kaka turut berasa teruja untuk menyanyikan lagu Karma kerana ini merupakan kali pertama beliau membawakan lagu balled.

“Kaka nervous sebenarnya nak nyanyi lagu ni tapi dengan bantuan vokal stylist, Kaka dapat jiwainya. Sebelum ni Kaka banyak nyanyi lagu rancak, marah marah tapi lagu ni more to lagu sedih hati hancur.”

Untuk pengetahuan, Jaz merupakan penyanyi berasal dari Brunei tetapi kini beliau sudah sembilan tahun melakar nama di negara Indonesia sehingga membuatkan beliau mempunyai peminat yang tersendiri.

Jaz turut tidak akan melepaskan peluang sekiranya beliau dapat berduet lagi dengan mana-mana penyanyi dari Malaysia memandangkan lagu Karma merupakan kerjasama pertamanya menyanyi duet dengan penyanyi lain.

Sumber foto: Sony Music Malaysia

Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Advertisement

Recommended Post

Advertisement

Facebook

Advertisement

Latest