Connect with us
Hot FM

Muzik

Lancar Lagu Baharu ‘Bagaikan Mutiara’, Tya Arifin Bukan Meniru Tokti

Wahhh

Published

on

Bukan sahaja pandai berlakon dan berniaga, malah, pelakon wanita Indonesia Nurtria Wulandari ataupun lebih dikenali sebagai Tya Arifin kini sudah menceburi bidang nyanyian pula!

Menantu tiri kepada penyanyi Dato’ Sri Siti Nurhaliza ini telah mengeluarkan single terbaharu di Youtube miliknya yang diberi judul Bagaikan Mutiara pada 4 Disember lalu.

Melihat di dalam video muzik berkenaan, Tya dilihat keluar dari zon selesa dengan membawa konsep ala-ala arab sambil menari seperti gadis kayangan.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Hot FM 🇲🇾🇲🇾🇲🇾 (@hotfm976)

Dalam pada itu, Geng Pagi Hot juga sempat menemu bual Tya bertanyakan tentang apa yang mendorong dirinya untuk menceburi bidang nyanyian, adakah mahu mengikut jejak langkah Tokti? Ini jawapan Tya,

“tak lah, sebenarnya tya mmg dari dulu di jakarta menyanyi ada keluar single, tapi sekarang ni Tya mahu merakamkan memori baharu kerana sekarang Tya sudah berkahwin dah pindah di Malaysia” ujar Tya

Sempat bertanyakan mengenai tajuk lagu Bagaikan Mutiara, Tya menerangkan maksud disebalik tajuk lagu berkenaan.

“kerana wanita ni macam mutiara, berasal dari dasar lautan, kita kena keluarkan dari situ dan bagi orang nampak wanita ini sebenarnya berharga”

Sementara itu, lagu Bagaikan Mutiara ini juga adalah hasil ciptaan Yuka Kharisma dan lirik oleh Tya, suaminya, Asyraf Khalid dan Ahmad Jeffny.

Wah kalau melihat muzik video Tya dah setanding dengan MV Tokti tau! Tahniah Tya!

 

Sumber : Instagram Tya Arifin

Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Advertisement

Recommended Post

Advertisement

Facebook

Advertisement

Latest