Connect with us
Hot Selebriti

Muzik Buzz

Lepas Nuha, Kini Aufa Vokal Mania Pula Kena Kecam Dengan Netizen Sebab…

Lepas ni boleh improve lagi kan?

Published

on

Kalau korang ingat pada 1 November lalu nama Nuha Bahrin tiba-tiba disebut oleh orang ramai apabila persembahannya dikecam hebat ketika di atas pentas Vokal Mania.

Kini seorang lagi peserta program Vokal Mania iaitu Aufahanie pula menerima nasib yang sama.

Pada 7 November yang lalu, Aufa membuat persembahan bersama dengan penyanyi Indah Ruhaila menerusi lagu Semua Jadi Satu.

Ketika asyik membuat persembahan, secara tiba-tiba suara Aufa menjadi agak sumbang dan dia bagaikan sudah hilang pertimbangan di atas pentas.

Dalam masa yang sama, pengarah terkenal, Michael Ang turut meninggalkan komen di laman Twitter miliknya tentang persembahan Aufa pada malam tersebut.

Maka dengan itu netizen di Twitter pun turut mengkritik persembahan Aufa dan menganggap Aufa masih belum layak untuk bertanding di atas pentas besar.

Mereka turut berharap agar setiap program nyanyian yang dilakukan perlu ditapis terlebih dahulu setiap peserta yang bertanding untuk mengelakkan terjadinya perkara seperti ini.

Dimaklumkan sebelum ini Aufa yang baru sahaja berusia 17 tahun pernah menyertai program I Can See Your Voice Malaysia musim ketiga.

Dia juga mempunyai single sendiri berjudul Mungkir, nyanyiannya bersama dengan Syahmi Irfan.

Tak mengapa la, mungkin Aufa sendiri berasa gementar disebabkan itu dia tidak dapat memberikan persembahan yang terbaik ketika nyanyian duet itu, mana tahu selepas ini dia akan bergelar penyanyi hebat?

Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Advertisement

Recommended Post

Advertisement

Facebook

Advertisement

Latest