Connect with us
YouTube Hot TV Satu Juta

Muzik Buzz

Memang Layak! Para Penonton Setuju Pasangan Khareez Dan Nadeera Bergelar Juara Dalam LCK2

Memang terbaik!

Published

on

Episod 8 program realiti TV3 iaitu Lagu Cinta Kita 2 (LCK2) telah ditayangkan pada malam Ahad, 3 Januari 2021.

Episod ini adalah kemuncak bagi program LCK2 yang mengumumkan para pemenang daripada pasangan-pasangan yang layak ke final.

Dengan persembahan semua pasangan yang cukup hebat, episod tersebut benar-benar menarik perhatian penonton.

Pasangan Khareez dan Nadeera telah dinobatkan sebagai juara, tahniah!

Mereka telah membawakan dua buah lagu iaitu Ceritera Cinta dan Kuch Kuch Hota Hai.

Pasangan ini memang antara yang menyerlah dalam LCK2.

Dengan pengumuman kemenangan mereka sebagai juara, para penonton mengatakan bahawa mereka sememangnya layak memperoleh gelaran itu.

 

Selain pasangan juara yang diumumkan, Syafiq dan Serra memperoleh tempat kedua, manakala tempat ketiga milik Iss Arffan & Mya.

 

Kami di Hot FM ingin mengucapkan tahniah buat semua pasangan yang bertanding dalam LCK2!

 

Sumber: Instagram tv3malaysia dan YouTube TV3MALAYSIA Official

Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Advertisement

Recommended Post

Advertisement

Facebook

Advertisement

Latest