Connect with us
Hot Selebriti

Muzik Buzz

Merdunya Suara Zizi Kirana Berselawat Dalam “Purnama” Kolaborasi Bersama UNIC

Merdu sekali..

Published

on

Bila dengar nama Zizi Kirana, akan terbayang juga suara uniknya dan penampilan luarannya.

Pada 30 Oktober 2020, lagu berbentuk selawat bertajuk Purnama telah dimuat naik di akaun YouTube.

Lagu tersebut menampilkan kolaborasi Zizi bersama dengan kumpulan nasyid yang tidak asing lagi di Malaysia iaitu UNIC.

Apa yang menarik perhatian, penampilan Zizi dalam video klip tersebut sangat cantik dengan pakaian yang menutup aurat.

Tambahan lagi, suara merdu Zizi mengalunkan lagu berbentuk selawat itu wajar dipuji.

Bagaimanapun menurut satu laporan Harian Metro, ada persoalan tentang Zizi yang kerap tampil dengan imej seksi kononnya tidak ‘sesuai’ mendendangkan lagu sedemikian.

Namun Zizi berkata, jika ada pihak yang tidak menyukainya atau sengaja mahu melemparkan komen negatif, boleh berbuat sedemikian di hantaran lain dan bukan pada video selawat itu.

Tinjauan ke bahagian komen video klip lagu tersebut bagaimapun menujukkan ucapan positif ditujukan buat Zizi dan juga lagu tersebut.

Semoga selawat yang dialunkan Zizi Kirana dan UNIC ini dapat menjadi halwa telinga buat para pendengar.

Hot FM juga turut sama mendoakan yang baik-baik buat Zizi Kirana!

 

Artikel ditulis oleh: Hasanah Yusof

Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Advertisement

Recommended Post

Advertisement

Facebook

Advertisement

Latest