Connect with us
Geng Pagi Hot

Muzik Buzz

MV ‘Mungkin Hari Ini Esok Atau Nanti’ Cecah 48 Juta Tontonan, Anneth Nasution Ucap Terima Kasih!

Tahniah!

Published

on

“Thank you MALAYSIA!”

Begitulah perkongsian penyanyi Indonesia Anneth Delliecia Nasution atau lebih mesra disapa ANNETH apabila muzik video terbaharu berjudul Mungkin Hari Ini Esok Atau Nanti ini sudah pun mencecah lebih 48 juta tontonan setakat 3 Februari 2021.

Mungkin ramai yang tidak tahu bahawa ANNETH, adalah salah seorang bintang kelahiran program realiti Indonesian Idol Junior 2018.

Namanya semakin meningkat dan dikenali sebagai penyanyi muda berbakat di negara tersebut karana memiliki suara merdu dengan vokal yang berkualiti.

Anneth sebelum ini pernah melancarkan single pertamanya dibawah naungan label rakaman Rans Music yang berjudul Tetap Untukmu.

Lagu tersebut turut berjaya menarik perhatian ramai selepas meraih lebih lebih 13 juta tontonan menerusi laman YouTube.

Untuk pengetahuan anda, lagu bergenre pop Mungkin Hari Ini Esok Atau Nanti itu juga ialah hasil karyanya sendiri. Berbakat sungguh ya!

Wah! Bukan senang tau nak tarik perhatian pendengar dari Malaysia. Good job ANNETH!

Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Advertisement

Recommended Post

Advertisement

Facebook

Advertisement

Latest