Muzik
Selepas Dikecam Teruk Kerana Vokal Terkucil, Nuha Bahrin Kini Bangkit Dengan Single “XSempurna”
Gagal sekali bukan bererti gagal selamanya, Nuha Bahrin kini bangkit untuk mebuktikan kebolehan dirinya….
Nama penyanyi baharu Nuha Bahrin sebelum ini pernah tular gara-gara persembahannya yang dianggap sumbang dan ‘terkucil’ dalam program Vokal Mania di TV3 ketika menyanyikan lagu Kekasih Awal Dan Akhir pada tahun lalu.
Gara-gara persembahannya itu, nama Nuha menjadi sebutan di kalangan warganet dan tidak terlepas dari kritikan-kritikan mereka.
Bangkit dari segala bahan jenaka warganet, Nuha kini telah melancarkan single solo baharu berjudul XSEMPURNA ciptaan Ezra Kong itu yang berkisar tentang diri Nuha dan segala pahit manis yang dilaluinya ketika dikutuk dan dihina sebelum ini.
Mengulas lanjut mengenai lagu tersebut, Nuha berkata, lagu itu juga merangkumi perjalanan dirinya sebagai penyanyi dan bagaimana dia belajar banyak perkara sebelum ini.
“Makna lagu ini juga merangkumi perjalanan saya menjadi penyanyi yang sangat baharu dalam industri muzik dan bagaimana saya belajar banyak perkara pada masa lalu. Itu adalah pengalaman manis yang sangat pahit. Bagi saya itu adalah satu rahmat terbesar saya kerana Allah menguji saya seperti itu.
“Saya memperoleh lebih banyak pengetahuan daripada orang sekeliling, membimbing saya untuk menjadi penyanyi yang lebih baik dan benar-benar menunjukkan betapa orang benar-benar peduli terhadap saya. Sebahagian daripada mereka adalah orang yang saya tidak tahu dan saya sangat berterima kasih untuknya,” katanya.
Meletakkan harapan tinggi terhadap lagu baharu ini, single yang dihasilkan antara BeeGood Music dan Universal Music Malaysia itu diharap dapat memeriahkan lagi persada seni muzik tanah air.
“Besar harapan saya juga supaya lagu ini serta pasukan produksi untuk melihat hasil karya ini diterima di seluruh Malaysia malah bakal menghiburkan semua peminat di negara jiran seperti Singapura dan Indonesia. Saya juga bakal mengeluarkan album Zikir bersama artis Beegood Music sempena Ramadan yang akan datang,” katanya.
Sebelum ini Nuha pernah tular kerana menyanyikan lagu Christina Aguilera, Hurt sehingga mendapat perhatian penyanyi berkenaan.
View this post on Instagram
Sumber : Harian Metro dan Instagram Nuha Bahrin
-
Onz4 weeks ago
Terlalu Tekun Berlatih, Hairul Azreen Pecahkan Barang Milik Hanis Zalikha
-
Onz4 weeks ago
Ditegur Netizen Kerana Muat Naik Foto Tidak Berkualiti, Ini Jawapan Siti Nurhaliza
-
Onz3 weeks ago
Kaki Berdarah, Kilafairy Terjatuh Di Majlis Kahwin Neelofa
-
Selebriti3 weeks ago
Dilihat Peluk Neelofa Lepas Bertunang, Ini Sebenarnya Hubungan PU Riz Dengan Gadis Tersebut…
-
Selebriti3 weeks ago
Gurauan ‘Makan Dalam’ Tentang Belon Udara Panas, Sharnaaz Ahmad Gelak Sakan Dengan Shukri Yahaya
-
Onz3 weeks ago
“Terima kasih Sebab Khianati Aku” MK KClique Dedah Pembantu Peribadi Ambil Job Belakang Tanpa Pengetahuannya
-
Onz2 weeks ago
‘Perang’ Selipar Muslim Friendly Dan Wallet Friendly, Netizen Pening Nak Pilih Mana Satu
-
Eksklusif3 weeks ago
Dana Dalam Tabung Merah RMHC Di McD Sebenarnya Untuk Siapa? Ini Yang Korang Patut Tahu