Connect with us
Hot Selebriti

Muzik Buzz

SFMM 35: Pengganti Siti Nurhaliza Masih Jadi Tanda Tanya, Siapa Pilihan Anda?

Tak sabar..

Published

on

Umum mengetahui dua buah lagu nyanyian Datuk Seri Siti Nurhaliza tercalon dalam Pentas Separuh Akhir Muzik-Muzik 35 (SFMM35).

Lagu tersebut termasuklah 7 Nasihat hasil nukilan Kmy Kmo dan Luca Sickta serta  Aku Bidadari Syurgamu yang merupakan ciptaan Ippo Hafiz dan Siti Rosmizah.

Bagaimanapun, teka teki mengenai siapa yang bakal mendendangkan lagu 7 Nasihat sudahpun terjawab selepas Shiha Zikir dilapor bakal menggantikan penyanyi nombor satu negara itu pada 21 November ini.

Shiha Zikir ganti Siti | Harian Metro

Namun, pengganti yang akan membawakan lagu Aku Bidadari Syurgamu masih belum diketahui sehingga kini dan menurut Ippo, ia bakal menjadi kejutan buat ramai.

Agak-agak siapa yang boleh membawakan lagu runut bunyi untuk drama rantaian 7 Hari Mencintaiku 2 ni dengan baik ya? Ini pilihan Hot FM:-

1) Ara Johari

2) Khai Bahar

3) Wani Kayrie

4) Wafariena Roslan

5) Aishah

Darah Aishah naik gara-gara keceluparan netizen | Astro Awani

6) Misha Omar

Berbeza dengan musim sebelumnya, program Separuh Akhir pada kali ini akan diadakan dalam tiga episod untuk tiga hari berturut-turut.

Kesemua episod Separuh Akhir akan bersiaran tanpa penonton seperti program-program siaran langsung yang lain dan akan bersiaran pada pukul 9 hingga 11 malam dari Sri Pentas 2, Plaza Alam Sentral, Shah Alam, selaras dengan garis panduan prosedur operasi standard (SOP) yang telah ditetapkan.

Siapa pun yang bakal membawakan lagu ini, Hot FM mengucapkan all the best!

Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Advertisement

Recommended Post

Advertisement

Facebook

Advertisement

Latest