Connect with us
YouTube Hot TV Satu Juta

Muzik Buzz

Suara Dikatakan Seakan YonnyBoii, Single ‘Tolonglah’ Cik B Terima Pujian Warganet!

Not bad!

Published

on

Baru-baru ini anak kepada usahawan kosmetik terkenal Dato Sri Vida iaitu Cik B telah melancarkan lagu single pertamanya berjudul “Tolonglah” yang di muat naik di Youtube Seventeen Eleven Music pada 1 Disember 2020.

Apa yang lebih menarik perhatian adalah suara Cik B dikatakan seakan YonnyBoii!

Jika didengari di corong-corong radio tanpa mengetahui itu adalah Cik B, min pun pasti mengingatkan YonnyBoii yang menyanyikan lagu itu.

Kini baru sahaja beberapa jam dilancarkan, MV berkenaan sudah mendapat hampir 200 ribu tontonon dan mengungguli tangga ke-7 trending di Youtube!

Mari kita lihat apa kata-kata warganet mengenai single pertama Cik B ini :

Nampaknya single pertama Cik B menerima respon yang sangat positif daripada warganet!

Melihat di dalam muzik video berkenaan, Cik B tampil bersahaja membawa genre ‘dark emo rap’ dan MV berkenaan juga merupakan terjemahan perasaan dan curahan hati remaja berusia 15 tahun itu.

“Lagu ini menceritakan hidup saya dari kecil yang mana saya melalui pengalaman di dera oleh pembantu rumah, kehilangan orang tersayang, isu keluarga dan sebagainya.

“Saya berharap peminat dapat menerima lagu ini walaupun ada yang tidak percaya, saya bukan macam anak orang kaya lain, saya dikurung, depresi dan sebagainya,” 

Malah lirik lagu berkenaan juga ditulis oleh Cik B sendiri.

Menurut Cik B, lagu “Tolonglah” dihasilkan setahun lalu akan tetapi baru dirilis kerana dirinya berasa malu pada awalnya.

“Lagu ini dihasilkan setahun lalu dengan mendapatkan bantuan daripada seseorang untuk buat lagu itu. Cik B mahu keluar lebih awal tapi ketika itu rasa malu dan takut dengan media.

“Setelah setahun, baru sekarang saya rasa inilah waktu yang sesuai untuk lebih bersinar kerana mula percaya akan diri sendiri sekarang,” katanya.

Apa-apa pun lagu Cik B ini memang padu dan lain dari yang lain.

Good job Cik B!

Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Advertisement

Recommended Post

Advertisement

Facebook

Advertisement

Latest