Connect with us
Geng Pagi Hot

Muzik Buzz

Tok Ti Lupa Ada Babak Siram Telefon Dalam MV ‘Mencintaimu Selamanya’, Tapi Kelibat ‘Hael Husaini’ Dapat Perhatian

Alamak! Sesat pula dekat situ ya

Published

on

Penglibatan dalam dunia seni selama hampir 26 tahun membuatkan penyanyi nombor satu negara, Dato’ Sri Siti Nurhaliza terlupa dengan beberapa babak yang telah dilakukan di dalam Music Video lagunya.

Seorang pengguna Twitter dikenali sebagai Bad Arsila telah memuat naik satu potongan video pendek menunjukkan Dato’ Sri Siti Nurhaliza atau lebih mesra disapa dengan panggilan Tok Ti menerusi MV lagu Mencintaimu Selamanya sekitar tahun 1998.

Difahamkan lagu Mencintaimu Selamanya merupakan lagu yang diubah semula lirik dan jalan ceritanya yang berasal daripada lagu Sendiri kerana ketika itu lagu berkenaan dipasarkan di Indonesia bagi peminat setia Tok Ti di sana.

Lebih melucukan di dalam MV tersebut ada satu babak menunjukkan Tok Ti menyiram air pada telefon yang digunakan atas tanda protes terhadap kekasihnya yang telah berlaku curang.

Twit berkenaan turut mendapat perhatian tuan empunya badan dan tidak disangka-sangka rupa-rupanya Tok Ti sendiri terlupa akan babak siram tersebut.

Ramai peminat turut terhibur dengan reaksi Tok Ti dan memuji riak wajahnya ketika di dalam MV tersebut seakan-akan berasa puas hati selepas menyiram telefon berkenaan.

Tidak tamat di situ sahaja, ada satu lagi perkara yang turut mendapat perhatian ramai tanpa disangka-sangka.

Watak lelaki di dalam MV tersebut seakan-akan wajah penyanyi lagu Haram iaitu Hael Husaini sehingga ia mengejutkan ramai pengguna Twitter.

Secara logiknya sudah pasti lelaki tersebut bukan la Hael kerana ketika itu Hael baru sahaja berusia 11 tahun.

Boleh jadi Tok Ti memang tak ingat langsung tentang babak siram telefon tu, maklum la sehingga kini beliau sudah memiliki berpuluh lagu dan MV!

Apa pun tabik la pada Tok Ti kerana suaranya memang maintain sedap daripada dulu sampai sekarang, agak-agak kalau marah Aafiyah pun mesti merdu je kan suaranya!

Sumber foto: Twitter

Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Advertisement

Recommended Post

Advertisement

Facebook

Advertisement

Latest