Connect with us
Hot Selebriti

Drama

5 Sinetron Dari Negara Jiran Yang Pernah Digilai Rakyat Malaysia

Minat sangat tengok sinetron masa dulu

Published

on

Malaysia dan Indonesia di katakan sebagai serumpun terutamanya ada persamaan dari segi bahasa dan budaya.

Oleh sebab itu suatu ketika dahulu, rancangan sinetron dari Indonesia yang ditayangan di negara ini pernah melekat di hati rakyat Malaysia, walaupun ada yang mengatakan sebahagian jalan ceritanya lebih kurang sama.

Antara yang selalu diperhatikan adalah isu anak yang ditukar.

Jom kita tengok antara 5 sinetron yang pernah menjadi tumpuan!

Bawang Merah Bawang Putih

Sinetron ini mengisahkan dua gadis iaitu Alya (Revalina S Temat) dan Siska (Nia Ramadhani). Konflik tercetus apabila Ibu kepada Siska iaitu Rika, berkahwin dengan ayah Alya dan kerana perebutan harta, kisah ini menjadi semakin rumit. Tapi tak dilupa dalam drama ni ada Oma Bertha, “tatap mata saya!”

Jelita

Mengisahkan Jelita (Agnes Monica) dan Bayu (Dirly) yang bermula sebagai musuh namun kemudiannya jatuh cinta. Tapi kisah antara dua darjat dan konflik keluarga tidak membenarkan mereka untuk bersama. OST sinetron ini juga popular pada waktu itu iaitu lagu Matahariku nyanyian Agnes Monica.

Malin Kundang

Malin (Fachry Albar) ialah seorang anak tunggal yang tinggal bersama ibunya. Untuk mengejar impian agar menjadi orang kaya, akhirnya Malin pergi merantau ke Jakarta dan meninggalkan ibunya sendiri dikampung halaman.

Anakku Bukan Anakku

Sinetron ini kalau tengok tajuk pun sudah tahu ia berkisarkan tentang anak yang ditukar sewaktu bayi. Dibintangi pelakon ternama Indonesia antaranya Nabila Syakieb, Raya Kohandi, Roger Danuarta dan Dude Harlino. Plot twist pada penghujung episod pun memang mengejutkan penonton.

Cinta dan Anugerah

Kisah berkisarkan Nabila (Nabila Syakieb) yang menjaga dua orang adiknya Aira (Yasmine Wildblood) dan Mini (Wilda Hamid). Sinetron ni sarat dengan konflik yang berpanjangan tetapi masih menarik untuk ditonton. Allahyarham Ashraf Sinclair turut berlakon antara watak utama.

Jadi ini antara 5 sinetron yang popular sebelum ni.

Korang dulu minat tak tengok sinetron-sinetron yang dikongsikan ni?

 

Artikel ditulis oleh: Hasanah Yusof

Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Advertisement

Recommended Post

Advertisement

Facebook

Advertisement

Latest