Connect with us
Hot Selebriti

Drama

Akhirnya Kantoi! Rakan Artis Turut Puas Hati Babak Mona Pukul Haris Dalam Hati Yang Tersakiti

Jangan main-main eh..

Published

on

Nampaknya drama rantaian kegemaran ramai Hati Yang Tersakiti yang ditayangkan menerusi slot Samarinda di TV3 sudah hampir melabuhkan tirainya pada 12 November ini.

Namun apa yang menarik perhatian ramai termasuk dalam kalangan rakan selebriti, adalah dalam episod kedua terakhir iaitu episod ke-14, yang memaparkan babak Mona (Nad Zainal) memukul Haris (Remy Ishak) selepas mendapat tahu suaminya curang bersama dengan rakan baiknya sendiri iaitu Farah (Mimi Lana).

Bagaimanapun pelakon yang membawa watak Mona itu sendiri sempat mengulas cabarannya untuk melakonkan babak berkenaan.

Sebelum memulakan penggambaran, bagi menaikkan mood untuk mendapatkan babak yang terbaik Nad telah mengajukan soalan kepada Remy:-

“Boleh tak I nak pukul you.. I akan pukul you kaw kaw.. Scene ni je.. boleh ke??”

Remy kemudian membenarkan Nad memukulnya malah menyokong pelakon itu untuk melakukan yang terbaik.

“Seharian tu, ada je scene Remy & Mimi (Haris & Farah) yang intimate2. Nanad akan duduk dekat sebelah director. Tengok je scene romantic dorang.. sebab nak build up rasa jealous and benci tu bagi membuak-buak sebab petangnya Nanad nak hempuk Remy,”

Menurut Nad, Remy sangat membantu dari segi mood dan beliau mengakui tidak boleh berhenti menangis selepas itu, malah tangannya turut bengkak selepas babak menumbuk yang dilakukan terhadap Remy.

“Badan Remy pula macam batu,” tulisnya secara berseloroh

Menerusi ruangan komen, rata-rata berpuas hati dengan babak berkenaan termasuklah rakan selebriti lain yang turut mengikuti drama berkenaan.

Nad menerusi kapsyen gambar berkenaan turut memaklumkan bahawa episod terakhir drama tersebut akan ditayangkan pada hari Khamis 12 November 2020 menerusi saluran TV3 pada jam 10 malam.

Baca artikel berkenaan:

Sumber daripada: Instagram Nad Zainal

Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Advertisement

Recommended Post

Advertisement

Facebook

Advertisement

Latest