Connect with us
YouTube Hot TV Satu Juta

Onz

“Anom Adalah Mona” – Janna Nick Jelaskan Tentang Dissociative Identity Disorder

Baca ni tentang DID

Published

on

Drama Misteri Mona yang ditayangkan di slot Samarinda TV3, memaparkan konflik yang sarat.

Banyak persoalan yang timbul dengan watak Mona itu sendiri.

Dibintangi oleh pelakon hebat antaranya Janna Nick, Redza Rosli dan Ruzana Ibrahim, drama ini memberi kelainan dengan mesej yang ingin disampaikan.

Pada 24 Disember 2020, pelakon Janna Nick telah memuat naik satu perkongsian di Instagram miliknya.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Janna Nick (@jannanick)

Hantaran itu memberitahu tentang watak Anom dan Mona adalah orang yang sama, pelik kan!

Hal ini kerana kecelaruan identiti berlaku dengan watak tersebut disebabkan Dissociative Identity Disorder (DID).

Pada ruangan kapsyen, Janna menjelaskan tentang DID yang perlu untuk diketahui ramai:-

Dissociative identity disorder (DID); atau di dalam Bahasa Melayu Kecelaruan Jati Diri/ Identiti Disosiatif, bukan penyakit yang lazim

Bukan juga penyakit yang mendapat perhatian meluas dalam pengkajian saintifik jika dibandingkan dengan penyakit-penyakit mental lain seperti skizofrenia dan kemurungan. DID suatu ketika dahulu dipanggil split personality dan multiple personality. Ia adalah penyakit kronik dan rumit yang melibatkan kekacauan memori autobiografi dan kesatuan identiti. Penghidap penyakit ini mempunyai lebih dari satu identiti atau personaliti. Identiti peribadinya berkecamuk dan tidak seragam.”

Selain itu, Janna memberitahu bahawa DID ini kebiasaannya berpunca daripada sejarah penderaan yang dilalui seseorang:-

“Mereka yang mempunyai DID biasanya mempunyai sejarah penderaan fizikal dan seksual yang teruk semasa mereka kecil. Hampir 90% kes-kes DID yang berlaku melibatkan sejarah penderaan. Mereka mungkin mempunyai simptom-simptom selepas trauma seperti mimpi ngeri, flashback atau respons yang mengejutkan.”

Kesannya, ia mendorong kepada pemikiran yang tidak dapat dikawal.

“Penghidap DID juga mungkin akan mengadu mendengar suara-suara tertentu seperti suara kanak-kanak atau suara kuasa ghaib. Sesetengah suara yang didakwa muncul ini kadangkala disertai dengan pemikiran yang tidak boleh dikawal oleh penghidapnya.

Mereka juga kadangkala akan dapat merasakan satu dorongan atau emosi yang kuat yang berlaku secara tiba-tiba tanpa dapat dikawal.

( Percaya lah..ada punca yang menyebabkan gangguan terhadap mental seseorang).”

Bagaimanapun, Janna mengingatkan:-

“MENTAL ILLNESS IS NOT A PERSONAL FAILURE❗️”

Setuju dengan Janna, mental illness tidak sepatutnya dipandang ringan, namun ia bukanlah kesalahan individu yang mengalaminya.

Sebagai masyarakat prihatin, kita kena membantu mereka yang mengalami mental illness ini tau.

Sementara itu di ruangan komen, ramai yang turut menyatakan pandangan mereka tentang perkongsian tersebut.

 

Sumber: Instagram Janna Nick

Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Advertisement

Recommended Post

Advertisement

Facebook

Advertisement

Latest