Connect with us
Projek Radio

Drama

Baru Episod Pertama, Ramai Puas Hati Lakonan Mimi Lana Dalam Hati Yang Tersakiti

Memang padu lakonan Mimi!

Published

on

Itulah reaksi orang ramai selepas mereka menonton lakonan aktress Mimi Lana menerusi drama rantaian terbaharu iaitu Hati Yang Tersakiti.

Drama yang mula ditayangkan pada 15 Oktober itu turut menggandingkan Mimi bersama dengan Remy Ishak dan Nad Zainal sebagai teraju utama.

Selain itu, ada juga yang memberi respon tanda suka dengan drama berkenaan selepas hanya baru hari pertama ditayangkan menerusi siaran TV3, ia telah berjaya menarik perhatian netizen tersebut.

Drama tersebut mengisahkan tentang Haris (Remy Ishak) dahulunya seorang penghantar surat, namun kini berjaya menjadi seorang usahawan maklumat teknologi.

Mona (Nad Zainal) pula seorang lepasan kolej yang bekerja sebagai perunding majlis. Pertemuan pertama Haris dan Mona di kolej membibitkan cinta tetapi Farah (Mimi Lana) merasakan Haris tidak layak dan tidak setaraf dengan Mona yang berpelajaran tinggi.

Farah pernah memperkenalkan Mona kepada anak Datuk malahan dia sendiri memilih anak kepada seorang Tan Sri sebagai suaminya.

Farah tidak menjemput Mona ke majlis perkahwinannya dan tidak hadir ke majlis perkahwinan Mona dengan alasan bekerja.

Selepas berkahwin dengan Adrian (Riz Amin), Farah sudah tidak menghubungi Mona dan telah membawa haluan sendiri.

Memasuki 5 tahun usia perkahwinan, Haris dan Mona dipenuhi dengan kasih sayang dan kebahagiaan. Haris tidak pernah melalaikan tanggungjawab sebagai seorang suami cuma mereka belum berpeluang mendapatkan cahaya mata sebagai pelengkap perkahwinan.

Farah pula menjadi seorang model terkenal dan masih tidak mempunyai anak, malah dia sekarang di dalam proses penceraian.

Mona dan Farah bertemu kembali. Selepas mengetahui keadaan Farah yang belum mendapatkan tempat tinggal kerana krisis rumah tangga, Mona mempelawa kawan baiknya untuk tinggal di rumahnya buat sementara waktu.

Haris tidak senang dengan kehadiran Farah kerana ia akan mengganggu privasi mereka dan mula tetapkan syarat kepada Farah. Akhirnya, Haris akur kerana Mona rasa kasihan dan mahu membantu sahabatnya.

Farah berterima kasih dengan keprihatinan yang diberikan kepadanya. Lama-kelamaan, dalam diam Farah mulai mencemburui kesempurnaan yang dirasai dalam rumah tangga Mona dan makin lama dia juga ingin memilikinya.

EdisiViral : Hati Yang Tersakiti Versi Melayu The World Of The Married?

Drama yang diarahkan oleh Feroz Kadir itu masih lagi ditayangkan dari hari Isnin hingga Khamis pada jam 10 malam.

Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Advertisement

Recommended Post

Advertisement

Facebook

Advertisement

Latest