Connect with us
Projek Radio

Drama

‘Broken Scene’ Kampung People 2 Jadi Sebutan, Jekfer & Lailer Buat Netizen Menangis

Booo Abang Krims!

Published

on

Sebut sahaja Kampung People, pasti ramai teringat akan telatah pelakon drama tersebut yang dibintangi oleh Rashidi Ishak, Elly Mazlein, Riena Diana, Hun Haqeem, Kamarul Eqifshah dan ramai lagi.

Kali ini, drama rantaian yang menjadi kegemaran ramai, Kampung People 2 sekali lagi menjadi sebutan warganet apabila salah satu ‘break up scene’ yang dilakonkan oleh Riena (Lailer) dan Hun (Jekfer) dikatakan berjaya menyentuh hati mereka.

“Tidak pernah terfikir bahawa salah satu adegan patah hati yang paling sedih adalah dari drama komedi, ini adalah lakonan yang sangat baik walaupun sebutannya lucu!”

Ciapan yang dimuat naik oleh pengguna di Twitter @serisseu mengatakan bahawa dia tidak sangka drama lucu seperti Kampung People dapat menghasilkan babak sedih yang menyentuh hatinya.

‘Break up scene’ yang dipetik dari episod 11 itu, menceritakan tentang salah faham antara Jekfer dan Lailer sehingga mereka membuat keputusan untuk mengakhiri hubungan mereka.

Nampaknya babak itu juga membuatkan warganet sangat terkesan kerana ada di antara mereka seakan-akan boleh mengaitkan diri dengan babak itu.

Lihat sahaja reaksi mereka ini.

Wahhh dasyat lakonan Lailer dan Jekfer sehingga ada yang menangis! Selain lakonan mereka yang mantap, lagu latar belakang juga memainkan peranan.

Bukan itu sahaja, babak selepas Lailer putus dengan Jekfer turut menjadi perbualan netizen.

Lihat sahaja bagaimana Rashidi Ishak (Razif) bapa kepada Lailer ada dengannya tatkala Lailer sedih.

“Nasib baik ada daddy to comfort his broken heart daughter. Korang kalau dah jadi daddy nanti layan anak perempuan macam ni tau. they dont need comforting words they just want a shoulder to cry.”

Walaupun kita lihat drama itu bersifat komedi dan menjadi hiburan keluarga, tetapi ia sebenarnya sarat dengan mesej positif mengenai kekeluargaan dan perhubungan. Tahniah team Kampung People!

Okay lah guys, untuk ubat hati korang, jom kita layan #KampungPeopleFever : Kalau Gelak, Kena Pukul!

Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Advertisement

Recommended Post

Advertisement

Facebook

Advertisement

Latest