Connect with us
Geng Pagi Hot

Drama

Episod Akhir Buat Penonton Menangis, Ada Yang Mahu Bidadari Salju Musim 2

Tamat sudah

Published

on

Drama Bidadari Salju di slot Akasia TV3 sudahpun melabuhkan tirainya pada 21 Januari 2021.

Adakah anda suka dengan penamatnya?

Bidadari Salju yang mengisahkan konflik rumah tangga antara Kyra dan Hariz mempunyai peminatnya yang tersendiri.

Kisah  yang semakin rumit antara mereka dalam beberapa episod terakhir benar-benar membuatkan penonton tidak senang duduk dengan kesudahan drama terbabit.

Bersempena episod terakhir Bidadari Salju, pelakon utamanya Sweet Qismina telah membuat satu hantaran di laman Instagram miliknya.

Sweet menulis pada ruagan caption:-

“T A M A T 🕊#RARIZ
Maaf kalau ada kekurangan. Harap ada pengajaran yang boleh kita belajar dalam cerita ni especially for young people, yang nak masuk ke alam perkahwinan ☺️ Tq kesayangan.
Kayra signing off !”

Pelakon itu memberitahu tentang tamatnya drama tersebut dan memohon maaf atas kekurangannya.

Selain itu, Sweet berharapat Bidadari Salju dapat memberi pengajaran dalam perkahwinan.

Jika menonton bahagian akhir dalam drama berkenaan, Kyra sepatutnya bernikah dengan Aiman malah sudah hampir untuk dinikahkan.

Namun, kehadiran Hariz pada majlis tersebut telah berjaya mengubah keputusan Kyra pada saat akhir untuk membatalkan perkahwinannya dengan Aiman.

Aiman pula redha dengan keputusan yang dibuat Kyra dengan memilih bekas suaminya, Hariz kembali.

Nampaknya cinta antara mereka masih kuat walaupun mereka menafikannya.

Dalam pada itu menerusi ruangan komen, ramai peminat yang meninggalkan pendapat mereka mengenai drama tersebut.

Ada juga yang mahu drama itu dilanjutan dengan penghasilan Bidadari Salju 2.

Apa pula pendapat anda tentang episod akhir drama ini?

 

Baca artikel berkaitan: “Kenapa Jatuh Celah Tu?” Penonton Kurang Senang Dengan Babak Drama Bidadari Salju

Sumber: Instagram Sweet Qismina 

Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Advertisement

Recommended Post

Advertisement

Facebook

Advertisement

Latest