Connect with us
Selamat Hari Raya

Drama

Hanya Ditayangkan Satu Episod Di Indonesia, Ini Reaksi Pengarah Drama Nur

Budakijat tetap berpuas hati dengan drama Nur yang sarat dengan mesej dakwah

Published

on

Pernah mencetuskan satu fenomena di Malaysia, drama berjudul Nur baru-baru ini dikhabarkan disiarkan di Indonesia untuk menemui penonton di negara itu pula.

Menampilkan pelakon hebat antaranya Amyra Rosli, Syafiq Kyle, Noorkhiriah, Azhan Rani dan Jalaluddin Hassan, drama itu telah dijangka dapat menarik perhatian penonton di negara seberang berkenaan.

Namun disebabkan sambutan yang kurang menggalakkan, Nur dikatakan hanya disiarkan 1 episod sahaja di negara tersebut.

Baca artikel berkaitan: Terima Pelbagai Kritikan Mengenai Ending Drama Takdir Yang Tertulis, Ini Respon Padu Budak Ijat

Perkara itu dikongsikan oleh pengarahnya sendiri, Shahrulezad Mohameddin atau Budakijat melalui Instagramnya pada 26 April 2021.

Beliau telah memuat naik satu foto yang menunjukkan sebahagian artikel yang ditulis mengenai hal itu.

Melalui caption, Budakijat mengulas tentang perkara berkenaan.

1 eps jer uols 😂

Manakala dah beli syndicated drama Nur dua season tapi burn macam tu jer. Suka hati korang la. Duit korang kannnn…”

Katanya, beliau cuba bersangka baik dengan tindakan yang dibuat terhadap karyanya itu.

“Apa apa pun abam nak berhusnozon sempena puasa ni. Selera mereka tak sama dengan selera kita. Acik acik bawang sana suka treatmen sinetron zoom in zoom out dgn character development dan music score sejenis overwhelming. Manakala selera penonton Malaysia pulak abam faham yg macam mana. Dan drama Nur diterbitkan untuk penonton Malaysia pada awalnya bukan untuk penonton sana. So ‘logik’ jer kalau drama Nur tak pergi kat sana.”

Namun, pengarah itu merasa puas hati dengan Nur yang dirasakan membawa mesej dakwah yang cukup baik.

“Yg penting bagi abam mesej dakwah dalam Nur tu mengalir ker drama mereka walaupun payah derang nak mengaku kehebatan drama dari Malaysia walaupun terpaksa ‘membunuh’ drama dari kita dengan alasan rating. Its okie. Yg penting mesej being delivered.”

Tidak mengapalah, yang penting rakyat Malaysia tahu bahawa Nur adalah satu drama yang hebat dan sarat dengan mesej untuk memberi teladan kepada semua.

 

Sumber: Instagram Shahrulezad Mohameddin

Advertisement

Recommended Post

Advertisement

Facebook

Advertisement

Latest