Connect with us
Hot Selebriti

Drama

Hati Yang Tersakiti Dikatakan ‘Tiru’ Drama Thailand, Ini Komen Pengarah Lain

Betul ke..

Published

on

Drama yang ketika ini hangat diperkatakan iaitu Hati Yang Tersakiti lakonan hebat Remy Ishak, Nad Zainal dan Mimi Lana semakin mendapat perhatian ramai.

Ia selepas drama berkenaan dikatakan saduran kepada drama Korea dan juga mempunyai persamaan dengan drama keluaran Thailand.

Masih lagi disiarkan menerusi saluran TV3, drama tersebut telah memulakan episod pertamanya bermula 15 Oktober lalu.

Walaupun pelakon utama drama berkenaan  telah banyak kali mengulangi kenyataan tentang kelainan drama terbabit, namun ia masih lagi mencetuskan perdebatan menerusi laman sosial terutamanya Twitter.

Baru-baru ini pengarah drama Shuhaimi Lua telah tampil memberikan reaksinya selepas menonton kedua-dua drama terbabit:-

“#hatiyangtersakiti ada orang kata ceritanya sama dengan sebuah cerita Thailand. Saya dah tengok cerita Thailand. Hanya dari segi tema sahaja iaitu caras laki orang iaitu kawan baik sendiri. Dari segi lakonan jauh lebih baik daripada Thai. Ceritanya pun berbeza sangat.” tulisnya

Ternyata menurut Shuhaimi, kedua-dua drama tersebut hanya mengangkat tema yang sama iaitu rakan baik sendiri merampas suami, namun dari segi lakonan ia berbeza malah, lebih baik daripada jalan cerita drama Thailand itu.

Menerusi laman Instagram Mimi Lana yang memegang watak sebagai Farah, beliau mengucapkan terima kasih atas komen yang diberi selain meminta orang ramai supaya menonton drama tersebut terlebih dahulu sebelum membuat sebarang andaian.

Drama Hati Yang Tersakiti boleh ditonton setiap hari Isnin hingga Khamis bermula jam 10 malam.

 

Baca artikel berkaitan: “Hati Yang Tersakiti” Versi Melayu The World Of The Married?

 

Sumber daripada: Twitter ShuhaimiLua & Instagram Mimi Lana

Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Advertisement

Recommended Post

Advertisement

Facebook

Advertisement

Latest