Connect with us
Hot Selebriti

Onz

“Hati Yang Tersakiti” Versi Melayu The World Of The Married?

Tak sabar ya nak tengok drama ni, harapnya tak ada la emosi!

Published

on

Lama tak dengar khabar pelakon jelita dan tinggi lampai Mimi Lana ni, dengar cerita beliau bakal muncul menyinari kaca televisyen menerusi drama Hati Yang Tersakiti.

Drama yang bakal ditayangkan bermula 15 Oktober tersebut akan dibintangi oleh Mimi bersama dengan pelakon lain iaitu Remy Ishak, Nad Zainal dan ramai lagi.

Hot FM berjaya menemuramah Mimi sendiri dan bertanya beberapa soalan berkenaan drama tersebut, tapi sayangnya Mimi masih berahsia tentang sinopsis keseluruhan drama tersebut, pandai simpan rahsia ni ya!

“Hati Yang Tersakiti mengisahkan tentang cinta yang tidak sempurna, asam garam kehidupan rumah tangga dan betapa pentingnya kesetiaan serta kejujuran di dalam sesebuah hubungan itu sendiri. Selebihnya boleh tengok dekat tv,” ujarnya

Menurut Mimi, cabaran yang paling sukar sepanjang dia menjalani pengambaran bagi drama ini ialah apabila memerlukan dia membawa watak antagonis namun dia tetap berasa bertuah kerana dapat bekerjasama dengan pelakon hebat lain serta berpengalaman.

EdisiViral : Hati Yang Tersakiti Versi Melayu The World Of The Married?

Namun bagi Mimi, drama itu mungkin seakan-akan sama daripada segi look and feel serta jalan cerita bagi drama Korea yang pernah meniti dari bibir ke bibir iaitu The World Of The Married, tetapi untuk versi Melayu ini terdapat plot twist yang berbeza.

Dalam perkembangan lain, sebelum ini Mimi ada menerima beberapa kecaman netizen berbaur body shaming kerana ada yang menyifatkan Mimi mempunyai susuk badan yang sangat kurus.

“Saya lebih memandang pekara ini ke arah positif. Saya lebih kenal badan dan diri saya. Jadi tak perlulah saya besarkan hal ini kecuali kalau mereka berlebihan saya terpaksa ambil tindakan.”

Ketika ditanya tentang perancangannya selepas ini, Mimi akui bahawa dia seorang yang suka mencuba sesuatu, lebih-lebih lagi pada perkara yang dia tidak pernah lakukan.

Pada masa yang sama ia juga dapat menambah skill lakonan dirinya dari masa ke semasa.

Kalau anda semua rajin, intai la sikit Instagram Mimi sebab sekarang ni beliau rajin share resepi memasak.

Mana tahu boleh buat idea memasak lepas ni kan? All the best Mimi!

Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Advertisement

Recommended Post

Advertisement

Facebook

Advertisement

Latest