Connect with us
Hot Selebriti

Drama

“Jangan Nak Try Ramona Pulak,” Amaran Netizen Buat Remy Ishak

Jangan macam-macam..

Published

on

Gara-gara watak yang dibawa pelakon Remy Ishak menerusi drama rantaian Hati Yang Tersakiti, ia sedikit sebanyak dapat memberi kesan yang mendalam terhadap penonton.

Mana tidaknya, menerusi drama tersebut, watak yang dibawa oleh Remy iaitu Haris telah mencetuskan kemarahan ramai terutamanya wanita.

Mengisahkan kehidupan seorang suami yang curang di belakang isterinya jelas dan dekat dihati penonton sehingga watak tersebut dibenci dan terbawa-bawa ke dunia realiti.

Baru-baru ini, Remy telah memuat naik sekeping foto bersama dengan aktres jelita Ramona Zamzam di laman Instagram miliknya:-

Namun, foto tersebut mendapat perhatian netizen selepas nama watak yang digandingkan dengan Remy iaitu Mona (Nad Zainal) sama seperti aktres berkenaan.

“Jangan nak try ramona pulak haris,”

“Haris, You dah ada mona, You dah tak perlu ramona okey,”

“Tak cukup lagi ke dengan Mona & Farah?”

“Nyampah pulak aku tengok Haris ni,”

“Remy! You dah curang dengan Nad Zainal, sekarang You nak dengan Ramona pulak ! I terkesan ni.”

Nampaknya rata-rata terkesan dengan drama berkenaan sehingga terbawa-bawa ke media sosial.

Apa-apa pun, jangan lupa tonton episod akhir drama Hati Yang Tersakiti pada 12 November 2020, pada jam 10 malam, menerusi saluran TV3.

 

Sumber daripada: Instagram Remy Ishak

Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Advertisement

Recommended Post

Advertisement

Facebook

Advertisement

Latest