Connect with us
Hot Selebriti

Drama

“Macam Bawang Merah Versi Malaysia,” Netizen Kagum Watak Dibawa Hannah Delisha

Terjebak..

Published

on

Nampaknya drama pukul 7 malam yang ditayangkan menerusi saluran TV3 masih lagi relevan sehingga kini.

Antara drama yang mendapat perhatian dan meniti dari bibir ke bibir orang ramai ketika ini adalah Cinta Sekali Lagi arahan Pali Yahya.

Drama Cinta Sekali Lagi (TV3) | MyInfotaip

Cinta Sekali Lagi lakonan Saharul Ridzwan, Nelydia Senrose, Hannah Delisha dan ramai lagi itu mengisahkan kehidupan dua beradik perempuan Amanda dan Amani.

Amanda sentiasa dipersalahkan oleh Amani kerana menyebabkan Amani mempunyai parut kekal di tangannya. Rentetan daripada kejadian itu, Amani sentiasa mahu lebih daripada Amanda dalam segala hal.

Namun, apa yang menarik perhatian ramai tentang drama ini adalah pelakon Hannah Delisha yang membawa watak Amani.

Umum mengetahui pelakon ini sering membawa watak gadis yang baik dan manja, malah perwatakan dan personalitinya in real life juga seorang yang lemah lembut.

Meninjau ke laman Twitter dengan menggunakan tanda pagar drama itu, rata-rata berpuas hati dan tidak sangka dengan lakonan Hannah Delisha yang dikatakan telah berjaya membawa watak antagonis dalam drama berkenaan.

Malah, Hannah Delisha sendiri juga mengakui takut untuk menonton diri sendiri di kaca televisyen:-

Cinta Sekali Lagi masih lagi ditayangkan mulai 4 November lalu setiap hari Isnin hingga Jumaat, pada jam 7 malam, hanya di TV3.

 

Baca artikel berkaitan: “Kenapa Kau Tak Pakai Tudung?” Skrip Drama Cinta Sekali Lagi Buat Penonton Sentap

Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Advertisement

Recommended Post

Advertisement

Facebook

Advertisement

Latest