Connect with us
Hot Selebriti

Drama

Menghampiri Episod Akhir, Peminat Buat Andaian Pengakhiran Kisah Mona Dan Haris

Tak sabarnya

Published

on

Drama Hati Yang Tersakiti benar-benar buat penonton tidak senang duduk dengan konflik rumah tangga Mona dan Haris yang dicemari dengan kehadiran Farah.

Drama yang mempunyai 15 episod tersebut dijadual menayangkan episod terakhir pada Khamis, 12 November 2020.

Pelakon watak Mona iaitu Nad Zainal telah memuat naik satu video iklan sedutan drama tersebut untuk minggu akhir pada 8 November 2020.

Melalui perkongsian itu, ruangan komen telah dihujani dengan peminat yang tidak sabar menanti apa yang akan berlaku dalam episod seterusnya.

Ramai juga yang membuat andaian tentang penamat kisah penuh konflik berkenaan.

Nampaknya drama yang ditayangkan untuk slot Samarinda ini terus mendapat tempat di hati penonton.

Tapi kena sabar tau menanti episod akhir nanti.

Macam mana pula andaian anda tentang pengakhiran drama ini?

Baca artikel berkaitan: Hati Yang Tersakiti Dikatakan ‘Tiru’ Drama Thailand, Ini Komen Pengarah Lain

Sumber: Instagram Nad Zainal

Artikel ditulis oleh: Hasanah Yusof

Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Advertisement

Recommended Post

Advertisement

Facebook

Advertisement

Latest