Connect with us
YouTube Hot TV Satu Juta

Drama

18 Tahun Tonton Upin Ipin, Netizen Baru Tahu Mail Ada Abang

Wah..

Published

on

Pejam celik, pejam celik Siri Animasi Upin Ipin yang mula ditayangkan kepada umum sejak 2007 sudahpun berusia 18 tahun.

Siri animasi yang digemari kanak-kanak bukan sahaja di Malaysia, malah terkenal di Indonesia itu nampaknya berjaya menarik perhatian golongan dewasa juga apabila baru-baru ini ia tular susulan kemunculan satu watak baru dalam siri berkenaan.

Menerusi perkongsian laman sosial Twitter seorang pengguna bernama Aisyah Nasir, terdapat babak menunjukkan watak Ismail atau nama timangannya Mail yang merupakan rakan kepada Upin Ipin rupanya mempunyai seorang abang yang kacak bernama Izham.

Bagi anda yang mengikuti siri ini, pasti tahu Mail adalah seorang kanak-kanak lelaki yang rajin berniaga serta membantu ibunya menjual ayam goreng di pasar malam.

Nampaknya bukan Mail je yang rajin berniaga, abang Mail, Izham juga seorang yang berminat dalam dunia perniagaan. Dalam klip berdurasi 41 saat tersebut, Izham dilihat menjual keropok rumpai laut.

Babak tersebut telah mendapat respon positif daripada netizen yang rata-rata teruja dengan kemunculan terbaharu itu.

Tambah netizen lagi, Kak Ros iaitu kakak kepada Upin Ipin kini sudah mempunyai crush baharu.

Sebelum ini, Kak Ros dikaitkan dengan watak Badrol, iaitu cucu kepada Tok Dalang yang pernah muncul dalam filem Upin Ipin pertama, Geng: Pengembaraan Bermula.

Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Advertisement

Recommended Post

Advertisement

Facebook

Advertisement

Latest