Connect with us
Hot Selebriti

Drama

Penulis Skrip Drama Nur Tampil Karya Baharu, ‘Opening Montage’ Gempak Buat Penonton Teruja

Tak sabar!

Published

on

Belum reda dengan drama rantaian Hati Yang Tersakiti, pelakon Nad Zainal baru-baru ini telah memuat naik satu opening montage karya baharu daripada penulis skrip terkenal Shahrulezad Mohameddin atau Budat Ijat.

Umum mengetahui tulisan Budak Ijat tidak pernah mengecewakan selepas berjaya memukau mata penonton dengan drama-drama sebelum ini termasuklah Seputeh Qaseh Ramadan, Emil Emilda, Kerana Cintaku Saerah, Ramadan Yang Hilang, Nur dan banyak lagi.

Jom kita tengok opening mantage drama terbaharu berjudul Takdir Yang Tertulis:-

 

View this post on Instagram

 

A post shared by ناد زاينل (@nad.zainal)

Ternyata mantap barisan pelakon yang bakal menjayakan drama ini termasuklah Nazim Othman, Nad Zainal, Elvina Mohamad, Alvin Chong dan ramai lagi.

Menurut Nad Zainal yang akan membawa nama Juweta,  Takdir Yang Tertulis akan memaparkan sisi sebaliknya selepas sudah serik membawa watak baik dalam drama sebelum ini.

Menerusi ruangan komen, rata-rata teruja dan tidak sabar menantikan kemunculan drama ini di kaca televisyen.

Bakal mengisi slot Samarinda TV3, drama 15 episod ini akan ditayangkan mulai Januari 2021 setiap hari Isnin hingga Khamis jam 10 malam.

 

Sumber daripada: Instagram Nad Zainal

Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Advertisement

Recommended Post

Advertisement

Facebook

Advertisement

Latest