Connect with us
Hot Selebriti

Drama

Rating Terus Meningkat, Ini Sebab Mengapa Anda Perlu Tonton ‘Start Up’

Best cerita ni..

Published

on

Menyusuri penghujung tahun 2020, terdapat banyak drama bersiri telah ditayangkan melalui sebuah platform penstriman dalam talian yang berjaya menarik perhatian ramai.

Antaranya termasuklah drama bersiri Korea, Start Up lakonan selebriti terkenal Bae Suzy, Nam Joo-hyuk, Kim Seon-ho, Kang Han Na dan ramai lagi.

Drama tersebut sehingga kini menjadi bahan bualan ramai sekaligus menjadikan ia drama paling tinggi ditonton pada pertengahan bulan Oktober sehingga November.

Namun, pastinya ramai yang ingin tahu mengapa drama tersebut mengalami rating yang tinggi sehingga kini. Ini sebabnya:-

1) Bae Suzy sebagai watak utama

Umum mengetahui, Bae Suzy adalah seorang pelakon yang jelita, malah berbakat dalam melakonkan sebarang watak yang diberi.

Menurut satu ciapan di laman Twitter, terdapat pengguna yang berkongsi kisah di mana skrip Start Up telah ditulis pada tahun 2018, di mana ketika itu Suzy sedang menjalani penggambaran drama bersiri Vagabond namun penulis skrip tersebut tetap mahu Suzy menjadi watak utama drama itu.

Fuh! Memang power la Suzy ni sampai penulis skrip pun sanggup tunggu selama 2 tahun.

2) Penggunaan terma dan bahasa yang tepat

Nampaknya penulis skrip drama ini benar-benar melakukan kajian sebelum menjalankan penggambaran dan ditayangkan di kaca televisyen.

Mana tidaknya, ramai yang memuji bahawa penggunaan perkataan dalam drama itu sememangnya wujud dan digunakan pada masa kini.

Untuk pengetahuan anda, drama ini mengisahkan tentang dua beradik perempuan yang terpisah setelah ibu bapa mereka bercerai.

Namun, mereka bertemu selepas beberapa tahun kemudian dan bersaing untuk menentukan kejayaan masing-masing dengan membuka sebuah perniagaan.

Untuk membuka sebuah perniagaan, mereka perlu menghadiri beberapa sesi di sebuah akademi yang diberi nama Sandbox.

3) Kim Seon Ho adalah pelakon teater yang berbakat

Kim Seon ho (Foto: via soompi)
Menurut sebuah portal hiburan online, Kim Seon Ho dilaporkan mula mengambil kelas lakonan semenjak di bangku sekolah.

Seon Ho kemudian bergabung dengan sekumpulan anak muda yang gemarkan aktiviti teater selain mempelajari penulisan skrip.

Bintang yang membawa watak sebagai Han Ji Pyeong ini lulus dari Institut Seni Seoul pada 2009 dan mendapatkan watak menerusi lakonan teater secara konsisten.

Kalau tengok lama-lama memang cair dengan lesung pipit dia!

4) Papar kasih sayang antara nenek dan cucu

Nam Joo Hyuk And Kim Seon Ho Battle To Win Over Suzy And Her Grandma On “ Start-Up” | Soompi

Mustahil untuk penonton tidak jatuh cinta dengan drama ini kerana ia turut memaparkan sisi kasih sayang seorang nenek terhadap cucunya.

Bukan itu sahaja, banyak babak yang ditunjukkan rata-rata berjaya membuatkan penonton menitiskan air mata.

Pengorbanan seorang nenek jelas ditunjukkan selepas ibu dan bapa dua watak perempuan dalam drama ini berpisah.

Jadi, sebelum layan drama ni, jom tengok dulu trailer:-

Drama yang mula ditayangkan pada 17 Oktober lalu masih lagi ditayangkan setiap hari Sabtu dan Ahad dengan episod yang baharu.

Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Advertisement

Recommended Post

Advertisement

Facebook

Advertisement

Latest