Connect with us
Selamat Menyambut Ramadan Al-Mubarak

Drama

Sah! 7 Hari Mencintaiku 3 Bakal Ditayangkan, Jom Tonton Trailer Dulu

Akhirnya teka-teki mengenai sambungan drama 7 Hari Mencintaiku terjawab..

Published

on

Desas-desus mengatakan drama rantaian 7 Hari Mencintaiku bakal disambung dengan musim ketiga akhirnya terjawab apabila pelakonnya Faye Kusairi mengesahkan perkara tersebut.

Tampil memuat naik sebuah foto bersama dengan aktor Bil Azali, Faye yang memegang watak sebagai Syakila dalam drama tersebut menyatakan mereka bakal menjalani penggambaran selepas sambutan Hari Raya Aidilfitri 2021.

“Kami bakal melangsungkan penggambaran 7 Hari Mencintaiku season ke 3 selepas sambutan Hari Raya tahun ini. InshaAllah.. Doakan segala berjalan dengan lancar ya,” tulisnya

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata tidak sabar dan teruja menantikan kemunculan drama berkenaan di kaca televisyen Mei ini.

Menerusi laman YouTube rasmi Drama Sangat pula, mereka telah memuat naik satu sedutan sebagai teaser kepada sambungan drama tersebut.

Jom tonton!

Dapat dilihat pada penghujung teaser itu, watak Pak Samad yang dilakonkan oleh Kazar Saisi ingin menyampaikan sesuatu perkara:-

 

Untuk rekod, drama 7 Hari Mencintaiku 2 yang diterajui oleh pelakon hebat Shukri Yahaya dan Siti Saleha telah berjaya mencatat 12 juta tontonan sepanjang 33 episod bersiaran.

Selain watak Mia dan Khuzairi, watak lain yang turut menjadi sebutan adalah Mak Leha lakonan Liza Abdullah, Helmy (Syazwan Zulkfly), Sofi (Wan Sharmila), Zaidi (Bil Azali) dan Nuful Ain (Wafariena Roslan).

Advertisement

Recommended Post

Advertisement

Facebook

Advertisement

Latest