Connect with us
Selamat Hari Raya

Onz

“Satu Malaysia Kena Tipu,” Penonton Mahu Takdir Yang Tertulis 2

Takdir Yang Tertulis sudah melabuhkan tirainya, tetapi ada yang tidak puas hati..

Published

on

Drama tontonan ramai Takdir Yang Tertulis sudahpun sampai ke penghujungnya pada 16 Februari.

Jalan cerita yang ditunggu-tunggu ramai iaitu ditamatkan dengan babak Juweta (Nad Zainal) dan Ruhila (Elvina Mohamad) berbahagia di samping anak tersayang Mika (Iman Isaac) akhirnya disiarkan.

Namun, sebelum credit akhir drama tersebut dipaparkan pada penghujungnya, kelihatan terdapat babak Akim (Muaz Fitri Maslan) memasukkan bahan terlarang ke dalam minuman Ean (Alvin Chong) dan Ruhila selain tertawa di sebalik tirai besi.

Perkara tersebut sekaligus menjadi tanda tanya ramai dalam kalangan penonton yangs sebelum ini menganggap Mika adalah kepada Ean, namun perkara sebaliknya berlaku.

Ternyata, babak tersebut juga tidak diketahui oleh pelakon-pelakon utama termasuk Nazim Othman, Nad Zainal dan Elvina Mohamad.

Perkara itu didedahkan Nazim sendiri menerusi satu komen yang ditinggalkan menerusi posting milik pelakon Muaz Fiti Maslan.

Sementara itu, rata-rata menerusi laman Instagram turut berpeluang meluahkan rasa tidak puas hati dan memohon agar pihak produksi menyiarkan Takdir Yang Tertulis 2.



 

Sumber foto: Instagram Nad Zainal, Elvina Mohamad, Muaz Fitri Maslan & Budak Ijat

Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Advertisement

Recommended Post

Advertisement

Facebook

Advertisement

Latest